Dalam usaha membanteras jenayah berkaitan dokumentasi palsu, pihak berkuasa terus mempergiatkan operasi membongkar kegiatan sindiket yang memperdagangkan identiti melalui sijil lahir palsu.
Terbaharu, hasil operasi khas yang dinamakan Op Tumpang 2.0 telah menyaksikan seramai 25 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan sijil kelahiran bayi. Paling mengejutkan adalah lelaki yang ditahan ini menggunakan nama isteri mereka untuk memalsukan nama anak luar nikah!
PALSUKAN SIJIL LAHIR ANAK DENGAN ‘SKANDAL’ THAILAND GUNA NAMA ISTERI SENDIRI

Foto hiasan.
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebahagian daripada mereka yang ditahan bertindak sebagai pemaklum kelahiran dan menggunakan taktik licik iaitu mengemukakan dokumen kelahiran palsu bagi mengelirukan pegawai bertugas di kaunter JPN.
Jurucakap JPN berkata, seramai 10 individu membabitkan empat lelaki dan enam wanita berusia lingkungan 30 hingga 44 tahun ditahan pihaknya manakala 15 lagi tangkapan dilaksanakan SPRM.
Malah, salah seorang lelaki yang ditahan juga merupakan seorang pengurus gudang. Sangat mengejutkan apabila dia dilaporkan pernah mendaftarkan kelahiran bayi luar nikah menggunakan nama isterinya tanpa pengetahuan wanita tersebut!
Menurut pengakuannya, beberapa tahun lalu dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Thailand semasa bercuti di negara itu. Walaupun mempunyai keraguan terhadap status bayi terbabit, pendaftaran tetap diteruskan kerana tidak mahu terus diganggu oleh wanita berkenaan.
Bayar RM6,000 Demi Status Warganegara

Foto: Freepik
Melalui seorang individu yang dikenali sebagai ‘Uncle’, lelaki tersebut telah membuat bayaran sebanyak RM6,000 untuk menguruskan proses dokumentasi kelahiran bayi berkenaan. Keputusan itu turut dipengaruhi oleh permintaan wanita Thailand tersebut yang hanya mahu anaknya didaftarkan sebagai warganegara Malaysia tanpa menuntut sebarang hak lain.
Lelaki itu mengakui bahawa tindakan itu dilakukan demi menyembunyikan hubungan sulitnya daripada pengetahuan isteri. Setelah urusan dokumentasi selesai, wanita berkenaan telah pulang ke Thailand dan lokasi sebenar tempat tinggalnya kini tidak diketahui.
*Tak sangka sampai ada kes begini berlaku! Tergamaknya seorang suami buat dekat isteri yang sah macam ini!
Baca juga: Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri, Rupanya Mas Kahwin Janda & Anak Dara Ada Sedikit Beza!
Sumber: Harian Metro
