Euforia Bola 2026
Nur

Wukuf Hari Arafah 2026 Di Malaysia Dari 5.18PM Hingga 11.57PM, Waktu Ini Paling Mustajab Untuk Berdoa

WAKTU ARAFAH

Ramai mengambil peluang memanfaatkan waktu Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar kerana antara waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

Dalam suasana penuh keinsafan, para jemaah menadah tangan, menangis, berdoa serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Baca juga: Tular Konten Suami Isteri Rakam Babak Ke Bilik Mandi Cetus Perdebatan, Di Mana Batas Privasi & Malu?

WAKTU ARAFAH DI MALAYSIA, PERBANYAKKAN DOA

WAKTU ARAFAH

Kredit: Magnific

Walaupun tidak semua berpeluang berada di Tanah Suci, Hari Arafah tetap menjadi peluang besar buat seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan doa, zikir dan taubat.

Hari Arafah bukan sekadar hari biasa dalam kalendar Islam kerana merupakan salah satu hari paling agung yang dipenuhi rahmat, keampunan serta peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini menggambarkan betapa luasnya rahmat Allah SWT pada Hari Arafah sehingga ramai ulama menyifatkannya sebagai hari paling besar untuk seorang hamba meletakkan pengharapan terhadap keampunan Ilahi.

Waktu mustajab doa pada Hari Arafah

WAKTU ARAFAH

Antara amalan yang sangat digalakkan pada Hari Arafah ialah memperbanyakkan doa, istighfar, selawat serta zikir.

Waktu yang paling afdal dan mustajab untuk berdoa bermula daripada gelincir matahari (waktu Zohor) sehingga terbenam matahari (waktu Maghrib).

Bersamaan anggaran waktu di Malaysia: 5:18 petang hingga 11:57 malam

Bagi tahun ini, Hari Arafah 1447H jatuh pada: 9 Zulhijjah 1447H (Selasa) bersamaan 26 Mei 2026 (Selasa)

Gunakanlah kesempatan yang datang hanya sekali setahun ini untuk memperbanyakkan amal ibadah. Andai jasad tidak berada di bumi Arafah, biarlah hati kita hadir bersama mereka yang sedang bermunajat, memohon keampunan dan mengharap reda Allah SWT.

Semoga setiap doa, zikir dan air mata yang mengalir pada hari ini menjadi saksi keikhlasan kita di hadapan-Nya.

Baca juga: “Nampak Lurah Punggung Masa Sujud…” Lelaki Ini Dah Tegur Imam Muda Dengan Baik, Tapi Ini Pula Reaksinya..

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×