Wang simpanan KWSP merupakan salah satu simpanan atau duit aset yang ada buat rakyat Malaysia yang bekerja. Caruman dari gaji setiap bulan ini selalunya disimpan sehingga ke satu tahap umur dan dikeluarkan untuk penggunaan masa hadapan. Namun, ada juga yang terlupa untuk membuat tuntutan wang dalam simpanan ini kerana disangkakan sudah habis!
Terbaharu, ahli KWSP yang berusia 100 tahun ke atas perlu segera menuntut wang simpanan dalam akaun KWSP sebelum 31 Mac 2025. Malah waris kepada ahli pun boleh menjadi wakil untuk tuntut simpanan sebelum tahun 2025.
Baca juga: Apa Jadi Kalau Tak Pilih Pindahan Amaun Permulaan Akaun 3 KWSP? Ini Pengiraannya..
AHLI USIA 100 TAHUN KE ATAS KENA TUNTUT WANG SIMPANAN KWSP SEBELUM 31 MAC 2025

Gambar hiasan
Menurut laporan New Straits Times, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 100 tahun dan ke atas mesti mengemukakan tuntutan simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.
Menerusi satu notis yang dikeluarkan, jelas berkata KWSP sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka. Apa yang anda perlu lakukan bagi mengeluarkan wang simpanan dalam akau ini adalah:
–Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.
-Kemudian, ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.
Peringatan untuk anda bahawa, selepas dari tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan menyebabkan anda rugi kerana tidak dapat mengeluarkannya lagi.
KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.

Gambar hiasan.
*Tuntut cepat duit anda terutama mak ayah yang sudah tua!
Baca juga: Cara Tukar Akaun Simpanan KWSP Konvensional Anda Kepada Simpanan Shariah, 5 Minit ‘Settle’!
Sumber: NST
