Euforia Bola 2026
Didik

Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

1 juta ringgit

Kita semua pernah mengimpikan untuk memiliki 1 juta ringgit di dalam bank iaitu satu jumlah yang dirasakan seperti tiket emas untuk kehidupan yang selamat dan bebas tekanan. Tetapi bagaimana jika untuk mencapai matlamat itu tidak memerlukan jackpot atau kerjaya yang bagus?

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), individu yang berpendapatan sederhana boleh membina masa depan kewangan yang kukuh dengan caruman yang konsisten. Di mana, KWSP baru-baru ini telah berkongsi beberapa tips yang mengejutkan!

Baca juga: Pinjam Duit Laju Tapi Nak Bayar Liat Kemain, Pergi Mahkamah Bawa Bukti Ini Jika Tiada Hitam Putih!

TIPS GAJI MINIMUM TAPI SIMPANAN 1 JUTA RINGGIT

1 juta ringgit

Gambar hiasan.

Rakyat Malaysia berpendapatan 1.7k sebulan boleh menyimpan sehingga 1 juta

Simulasi dari KWSP menyatakan bahawa, pekerja yang mendapat gaji minimum RM1,700 sebenarnya boleh mencecah RM1 juta dalam akaun mereka apabila mencecah umur persaraan.

Sementara itu, bagi graduan yang memulakan kerjaya dengan gaji yang lebih tinggi seperti RM3,000, matlamat akan lebih mudah dicapai.

Ketua Polisi dan Strategi KWSP, Balqais Yusoff, berkongsi bahawa caruman tetap kepada dana itu dibantu dengan disiplin kewangan yang boleh membawa kepada persaraan selesa.

Angka RM1 juta ini tidak termasuk sebarang simpanan atau pelaburan tambahan yang mungkin anda ada sepanjang perjalanan tersebut.

Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!

Konsisten adalah kunci utama

Bukan sekadar jumlah yang diperolehi, tetapi adalah tentang seberapa konsisten anda menyimpan. Di mana, sumbangan tetap setiap bulan, mengelakkan pengeluaran awal dan disiplin boleh menghasilkan perbezaannya.

Justeru itu, KWSP telah menggariskan tanda aras simpanan untuk membantu rakyat Malaysia mengukur kemajuan mereka:

  1. RM57,000 dalam Akaun 1 pada umur 35 tahun
  2. RM76,000 merentas semua akaun KWSP pada umur yang sama

Angka-angka ini hanyalah tanda aras untuk melihat sama ada anda berada di jalan yang betul ke arah masa depan yang terjamin dari segi kewangan.

Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!

Mengapa ia berbaloi setimpal usaha?

Menjelangnya usia 55 tahun, KWSP mencadangkan anda mempunyai simpanan sebanyak RM240,000 di dalam Akaun 1.

Jumlah ini dipadankan dengan kadar dividen tahunan KWSP sebanyak 5.50%, ia boleh memberi anda RM1,100 dalam dividen bulanan yang merupakan pendapatan tetap untuk memudahkan tahun persaraan anda.

Ia bukan tentang mencapai kejayaan dalam kewangan, tetapi mewujudkan jaringan keselamatan yang membolehkan anda menikmati hari persaraan tanpa kebimbangan kewangan.

Manfaatkan KWSP anda sebaiknya!

Jika anda ingin sampai sasaran dengan lebih cepat atau mengembangkan simpanan dengan lebih banyak lagi, anda boleh mempertimbangkan sumbangan sukarela.

Dengan menambah akaun KWSP anda melebihi jumlah mandatori, anda boleh menambah dana dan menikmati pembayaran dividen yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!

Sumber: Weird Kaya

FT Image: lifestylememory / mediacop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×