Euforia Bola 2026
Famili

PTPTN Dedah 400,000 Peminjam Tak Pernah Bayar Walau Satu Sen, Ada Tunggakan Lebih 10 Tahun!

tunggakan ptptn

Krisis bayaran balik pinjaman pendidikan terus membelenggu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila dilaporkan seramai 400,000 peminjam masih gagal melunaskan tunggakan PTPTN walau satu sen daripada jumlah pinjaman mereka.

Situasi ini bukan sahaja membebankan agensi tersebut, malah menjejaskan keupayaannya untuk terus menyalurkan bantuan kewangan kepada generasi pelajar yang baharu.

Baca juga: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

TUNGGAKAN PTPTN MAKIN ‘PARAH’, PEMINJAM TAK BAYAR LANGSUNG!

tunggakan ptptn

Foto: afyan.com

Dalam laporan terbaharu menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, jumlah tunggakan daripada kumpulan ini kini telah meningkat kepada RM5 bilion, melibatkan individu yang telah menamatkan pengajian lebih sedekad lalu.

“Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang langsung tidak pernah membuat bayaran, dari hari pertama sehingga ke hari ini.

“Mereka tergolong dalam kategori tegar — tidak membuat bayaran selama 10 tahun atau lebih, dan kini melibatkan seramai 400,000 orang dengan jumlah keseluruhan pinjaman mencecah RM5 bilion,” katanya semasa sesi taklimat bersama Ketua-Ketua Pengarang Media hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa bersedia untuk berunding dengan peminjam bagi memastikan pembayaran semula dapat dilakukan secara berperingkat dan tidak membebankan.

Beliau menjelaskan bahawa PTPTN menawarkan pelan bayaran balik yang fleksibel termasuk penstrukturan semula pinjaman untuk mereka yang mengalami kesukaran kewangan.

Menurut pihak PTPTN, jika jumlah tunggakan terlalu tinggi, mereka akan mencadangkan bayaran pendahuluan yang boleh dirunding bersama pegawai bertugas. PTPTN juga tidak akan meminta bayaran penuh atau separuh terus; sebaliknya ia boleh dijadikan bayaran ansuran selama beberapa bulan, bergantung kepada tempoh tunggakan.

“Dari segi jumlah bayaran bulanan pula, kami akan menilai berdasarkan slip gaji peminjam dan biasanya hanya sekitar lima hingga enam peratus daripada pendapatan bulanan. Kami turut mengambil kira faktor umur peminjam.

“Contohnya, bagi peminjam berumur 40 tahun, tempoh bayaran boleh dilanjutkan sehingga usia 60 tahun. Pelbagai parameter digunakan bagi menentukan kadar ansuran paling minimum yang sesuai, termasuk bayaran pendahuluan. Kebiasaannya, kami mencadangkan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan bayaran ansuran sebagai permulaan,” katanya.

tunggakan ptptn

Foto hiasan.

*Jadi buat anda yang merupakan peminjam PTPTN yang masih belum membuat sebarang pembayaran, bayarlah sebelum terlambat!

Baca juga: Cara Mudah Kira Gaji Harian Dengan Betul, Guna Formula INI Supaya Tak Mudah Kena Tipu!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×