Euforia Bola 2026
Famili

Hutang PTPTN Belum Bayar? Jaga-Jaga! Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Mungkin Kembali

PEMINJAM PTPTN

Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mengenakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang enggan melunaskan pinjaman walaupun berkemampuan, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau memaklumkan bahawa langkah tersebut masih di peringkat kajian dan belum ada keputusan muktamad setakat ini.

Baca juga: Tak Sangka! 7 Hobi Ini Rupanya Dilarang Dalam Islam, Kena Elak Jadikan Aktiviti Harian…

PEMINJAM PTPTN BAKAL DISEKAT KE LUAR NEGARA?

PEMINJAM PTPTN

“Sekatan keluar negara sedang dipertimbangkan, namun buat masa ini tiada sebarang keputusan lagi. Kami mungkin akan meneliti perkara ini semula, tetapi belum ada ketetapan mengenainya,” ujarnya semasa menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Lim turut bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk melaksanakan semula sekatan ke atas peminjam tegar yang enggan membayar hutang meskipun mampu berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan sebab pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan ijazah sarjana muda kelas pertama dihentikan.

Menjawab perkara tersebut, Mustapha menjelaskan bahawa laman web PTPTN kini sedang diselenggara dan permohonan untuk pengecualian tersebut akan dibuka semula mulai 1 September.

“Mereka yang layak, terutamanya peminjam yang memperoleh keputusan kelas pertama, boleh mengemukakan permohonan semula,” jelasnya.

Tambah beliau, skim pengecualian bayaran balik yang diperkenalkan sejak 2001 itu telah memberi manfaat kepada 133,159 peminjam, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.9 bilion.

Baca juga: Akaun Tabung Haji Boleh ‘Beku’ Kalau Tak Buat Langkah Ini, Jangan Menyesal Kalau Terlambat!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×