Euforia Bola 2026
Didik

Ramai Graduan B40 & M40 Terlepas, Pengecualian PTPTN Kelas Pertama Masih Ada… Ini Syaratnya!

pengecualian PTPTN

Ramai graduan masih menyangka semua pinjaman pendidikan perlu dibayar semula sepenuhnya selepas tamat pengajian. Hakikatnya, pengecualian PTPTN masih ditawarkan kepada graduan tertentu yang memperoleh keputusan cemerlang di IPTA.

Menurut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama kini disasarkan kepada peminjam daripada kategori keluarga B40 dan M40.

Inisiatif ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan akademik serta membantu mengurangkan beban kewangan graduan yang layak.

Baca juga: “Bukan Nak Rampas Tempat Pelajar Tempatan”- Pelajar China Tiba-Tiba Ramai Di IPTA, Apa Sedang Berlaku?

INFO MENGENAI PENGECUALIAN PTPTN UNTUK GRADUAN KELAS PERTAMA

pengecualian PTPTN

Siapa yang layak mohon?

PTPTN menetapkan beberapa syarat utama yang perlu dipenuhi:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama daripada IPTA sahaja;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman PTPTN tidak bertindih dengan penajaan lain;
  5. Graduan daripada keluarga B40 atau M40, berdasarkan pendapatan penjaga/isi rumah ketika tamat pengajian di IPTA mulai 1 Januari 2026;
  6. Mengemukakan permohonan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh konvokesyen.

Baca juga: Adik-Adik SPM Boleh Terus Jadi Penjawat Awam! KKM Tawar Latihan Separa Perubatan, Siap Dapat Elaun

MACAM MANA PTPTN TENTUKAN KATEGORI B40 ATAU M40?

Macam mana PTPTN tentukan kategori B40 atau M40?

Penentuan julat pendapatan dibuat berdasarkan Household Expenditure Survey (HIES) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pendapatan isi rumah pula merujuk kepada pendapatan kasar ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori di bawah:

  1. Sekiranya masih bujang: Pendapatan isi rumah peminjam, ibu dan bapa (atau penjaga); atau
  2. Sekiranya telah berkahwin: Pendapatan isi rumah peminjam dan pasangan.

CARA MOHON PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN

Permohonan dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal myPTPTN:

  1. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  2. Klik menu ‘Perkhidmatan’ > kemudian, klik tab ‘Bayaran Balik Pinjaman’
  3. Klik ‘Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama’
  4. Lengkapkan/kemaskini semua bahagian:
  • Butiran Peminjam
  • Maklumat Pengajian
  • Maklumat Pendapatan
  • Dokumen Sokongan
  • Pengesahan Maklumat
  • Klik ‘Hantar’

Permohonan yang dihantar selepas tempoh 12 bulan tidak akan dipertimbangkan.

pengecualian PTPTN

Gambar hiasan: Harian Metro

Dokumen yang biasanya perlu disediakan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN adalah:

  • Salinan transkrip peperiksaan yang disahkan;
  • Salinan skrol Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang disahkan;
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tiada perkataan ‘kelas pertama’ pada Ijazah);
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika tiada tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip);
  • Dokumen pengesahan pendapatan mengikut kategori ditetapkan (mana-mana yang berkaitan): Slip Gaji Terkini, Surat Pengesahan Tidak Bekerja, Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan), Penyata Cukai Taksiran Terkini, Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP, Penyata Pencen, Sijil Kematian, Sijil Cerai, Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Ibu Bapa Tidak Dapat Dikesan), Surat Akuan Sumpah (Penjaga).

Jangan tunggu sampai terlupa

Ramai graduan hanya mengetahui tentang kemudahan ini selepas tempoh permohonan tamat. Sayang kalau keputusan cemerlang yang diperoleh tidak dimanfaatkan untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik pinjaman.

Kalau anda atau ahli keluarga baru sahaja tamat pengajian dan mendapat Kelas Pertama di IPTA, semak semula syarat kelayakan dan pastikan permohonan dibuat melalui myPTPTN sebelum genap 12 bulan dari tarikh konvokesyen.

Untuk maklumat lanjut dan semakan rasmi, layari portal PTPTN.

Sumber: PTPTN

FT Image: Nadzirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×