Euforia Bola 2026
Sihat

Kenali Masalah Kesihatan TUMBUNG Wanita, Kalau “Rasa Sesuatu Turun” Mungkin Ada Penyakit Ini!

masalah kesihatan

Siapa sangka, antara banyak masalah kesihatan yang sering dilalui wanita, ada satu yang jarang diketahui tapi sangat beri kesan dalam kehidupan seharian iaitu tumbung atau nama medikalnya, prolaps organ pelvis.

Kalau anda pernah rasa ada “sesuatu yang turun” atau rasa tak selesa di bahagian bawah, jangan ambil ringan. Jom fahamkan apa sebenarnya berlaku dan apa yang boleh dilakukan.

Baca juga: Ini 11 Fakta Kentut Mengejutkan, Tak Nak Bau Pastikan Masa Makan Telan Angin Sekali!

TUMBUNG MASALAH KESIHATAN WANITA

masalah kesihatan

Tumbung dikenali sebagai prolaps organ pelvis (POP) atau peranakan jatuh.

Berlaku apabila otot dan tisu yang menyokong organ pelvis (lantai pelvis) menjadi lemah serta tidak dapat mengekalkan organ pada kedudukan sepatutnya.

Organ terlibat termasuk rahim, faraj, pundi kencing, usus, uretra dan rektum.

Di mana, ia menjejaskan 1 dalam 10 wanita berumur 50 tahun ke atas. Manakala, 30% – 50% wanita seluruh dunia mengalami tumbung dengan sekitar 20% di Asia Tenggara.

Cenderung terjadi kepada wanita yang:

  • Pernah hamil
  • Bersalin secara normal terutama pada usia lewat
  • Kerap bersalin
  • Menopaus
  • Mengalami sembelit kronik
  • Obesiti
  • Kerap mengangkat barang berat
  • Keadaan kesihatan jangka panjang menyebabkan kerap batuk dan meneran

Fungsi lantai pelvis: 

  • Kestabilan dan kekuatan tulang belakang
  • Pengalaman seksual lebih baik
  • Menyokong organ dalaman seperti faraj, uretra, rahim, rektum & dubur
  • Meningkatkan peredaran cecair limfa dari kaki ke jantung & belakang

Gejala tumbung:

  • Benjolan rasa menyeret dalam faraj & mungkin bertambah teruk jika berdiri terlalu lama
  • Kencing bocor atau perlu membuang air kecil lebih kerap
  • Mungkin terkucil apabila ketawa atau batuk
  • Sukar mengosongkan usus atau sembelit
  • Seks tidak selesa atau kurang perasaan semasa persetubuhan

Gejala-gejala di atas adalah berbeza bergantung kepada jenis dan tahap keterukan. Bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin tidak mengalami sebarang gejala.

Baca juga: Faraj Tertutup? Orang Ramai Kena Tahu Apa Itu Penyakit Vaginismus! (Lihat Video Penuh)

Baca juga: Macam Dalam Siri CSI, Ini 7 Cara Forensik Kenal Pasti Mayat Tanpa Wajah!

Jenis tumbung:

masalah kesihatan

  1. Prolaps dinding faraj anterior – pundi kencing membonjol ke dinding hadapan faraj.
  2. Prolaps dinding faraj posterior – Usus membonjol ke hadapan ke dalam dinding belakang faraj.
  3. Prolaps rahim – Protrusi atau penurunan rahim ke dalam faraj.

Individu juga boleh mengalami lebih daripada satu tumbung secara serentak. Tahap keterukan dikategorikan pada skala antara 1 hingga 4 (empat adalah teruk).

Rawatan:

1. Prolaps tidak teruk

  • Lakukan senaman Kegel (senaman otot pelvis) untuk menguatkan otot lantai pelvis & melegakan gejala

2. Prolaps lebih teruk

  • Lakukan senaman Kegel
  • Guna alat sokongan vaginal pessary untuk menyokong organ pelvis & mengurangkan gejala

3. Rawatan hormon faraj (estrogen)

  • Disyorkan untuk wanita putus haid
  • Ia berbentuk tablet, krim atau cincin yang dimasukkan ke dalam faraj untuk mengurangkan ketidakselesaan.

4. Pembedahan

  • Boleh dipertimbangkan jika rawatan lain tidak memperbaiki gejala

Pencegahan:

  • Lakukan senaman Kagel secara rutin
  • Lakukan senaman yoga atau Pilates untuk membina kekuatan teras
  • Pastikan capai berat badan ideal dengan pemakanan sihat dan tinggi serat
  • Minum air dengan cukup
  • Kurangkan mengangkat barang berat
  • Penggunaan bengkung ketika berpantang sedikit sebanyak bantu menguatkan otot pelvis
  • Elak pengambilan alkohol & merokok kerana penyakit paru-paru, hati & asites menyumbang peningkatan beban pada otot pelvis

Baca juga: Sayang Nak Buang Makanan Berkulat? Ini Sebab Jangan Buat Macam Itu – Nasihat Daripada Dr Izzar

Sumber: BERNAMA

FT Image: Penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×