Seorang wanita yang selesai bersalin akan menjalani tempoh berpantang selama 3 bulan untuk kembali sihat dan sembuh dari luka. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan supaya bahagian sulit terjaga dan elak rahim terkeluar.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh sebuah organisasi kesihatan antenatal, Birth Safe ini mungkin boleh dijadikan pengajaran ramai apabila seorang wanita lepas bersalin mengalami insiden ‘menyeramkan’ tentang keadaan rahimnya.
IBU LEPAS BERSALIN DUKUNG ANAK BERAT, RAHIM TERKELUAR DI MISS V!

Foto: Freepik
Kisahnya bermula apabila wanita dalam usia pertengahan 20 tahun itu, baru bersalin zuriat kedua selama 4 bulan dan segala proses penyembuhan berlangsung dengan baik. Namun satu hari, suasana dalam rumahnya bertukar cemas setelah anak sulungnya berusia 4 tahun didapati menelan cecair peluntur pengilat kuku. Ahli keluarga lain yang panik hanya terus menjerit dan buntu untuk bertindak.
Tanpa membuang masa, dia terus mengangkat dan mendukung budak berusia 4 tahun itu dan membawanya ke dapur. Si ibu melakukan pelbagai cara supaya si anak memuntahkan semula cecair berkenaan. Selepas dipantau di rumah, mujurlah kesihatan kanak-kanak itu berada dalam keadaan yang baik. Namun keesokan harinya, si ibu ini mula rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian Miss V miliknya.
Ketika sedang mandi, dia rasa pelik kerana seperti ada sesuatu yang terkeluar dari bahagian sulitnya. Setelah meminta bantuan ibunya untuk melihat dengan lampu suluh, terlihat seperti cebisan daging terkeluar daripada anggota berkenaan! Rupa-rupanya akibat mendukung anak sulungnya yang berat tempoh hari, dia telah mengalami Uterine Prolapse iaitu rahim ‘tergelincir’ dari bahagian pelvis. Ngilu!
APA ITU PROLAPSED UTERUS?

Foto: The Pelvic Clinic
Menurut penjelasan dari The Malaysian Medical Gazette, Prolapsed Uterus adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala boleh terkeluar dari saluran faraj.
Keadaan ini kebiasaannya disebabkan oleh ligamen dan otot yang memegang rahim menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim akan jatuh ke bawah melalui saluran faraj. Prolapsed uterus merangkumi beberapa peringkat seperti;
1.Jatuh sedikit dari kedudukan biasa (Peringkat awal).
2.Pintu rahim jatuh sehingga ke permukaan faraj (Peringkat kedua).
3.Keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj. (Peringkat Ketiga). Kebiasaannya ia dipanggil “tombong”.
Tanda-tanda prolapsed uterus:
-Terasa ada sesuatu terkeluar di bahagian faraj
-Terdapat ketulan pada faraj
-Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain) tidak kira semasa berjalan atau baring
-Sakit belakang
-Sakit semasa hubungan seks
-Pendarahan faraj selepas menopaus
-Inkontinens kencing (kencing tidak terkawal)
-Sukar buang air kecil / besar
*Jadi buat semua ibu yang sedang berpantang, jangan buat perkara yang berat-berat ya! Ngilu bila baca keadaan macam ini…
Baca juga: Senarai Harga Pakej Bersalin C-Section Di 8 Buah Hospital Dalam Malaysia, Cecah Belasan Ribu!
