Seronoknya travel ke Jepun! Apabila pergi berjalan-jalan, sudah pasti anda akan membeli ole-ole untuk diberikan kepada ahli keluarga atau rakan sebagai buah tangan.
Salah satu ole-ole yang mudah dibeli di negara matahari terbit itu adalah manisannya seperti coklat. Walaupun begitu, anda perlu berhati-hati kerana coklat di Jepun tidak semuanya halal dan sesetengahnya mempunyai kandungan bahan yang melanggar hukum syarak.
Baca juga: Tak Perlu Susah Tunggu Promosi, Ini Cara Beli Tiket ‘Flight’ Yang Murah!
TRAVEL KE JEPUN
Melalui satu hantaran di laman Instagram @smartway.tours, ada dikongsikan beberapa jenama coklat di Jepun yang perlu dihindari umat Islam. Ayuh kita ambil maklum supaya tidak tersalah membeli.
Baca juga: Malaysia Antara 11 Negara Paling BAHAYA Untuk Wanita Travel Solo, Mengejutkan!
1. Coklat KitKat keluaran Jepun

Gambar: @smartway.tours
KitKat merupakan jenama yang tidak asing lagi pada masyarakat dunia. Namun KitKat keluaran Jepun ini dikatakan mengandungi emulsifier dan lemak bakeri (shortening) daripada khinzir.
2. Choco Pie

Gambar: @smartway.tours
Bukan senang nak menjauhkan diri dari menikmati coklat, biarpun sedap tapi baca kandungan bahan-bahannya sebelum beli. Choco Pie keluaran Jepun ini dikatakan mempunyai gelatin berasaskan khinzir.
Baca juga: Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!
3. Boubon Rumando Cookie Crepe

Gambar: @smartway.tours
Meskipun rangup untuk dijamah, produk ini mengandungi alkohol yang dilarang dalam Islam.
4. Mini Angel Pie

Gambar: @smartway.tours
Lelehan coklatnya sungguh menguji keimanan, namun manisan ini mempunyai marshmallow yang terkandung gelatin daripada sumber khinzir.
Kesimpulannya, sebelum membeli sebarang makanan yang diragui di Jepun, pastikan anda membuat pemeriksaan dalam aplikasi yang disediakan jabatan agama Islam di sana.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tips ‘Packing’ Melancong Anak Ramai. Kemas & Teratur, 3 Beg Besar Je!
Sumber: Instagram @smartway.tours
FT Image: @smartway.tours / tawatchai07

