Anak sulung keluarga tragedi Sungai Korok, Putri Qisya Nur Izzat, 12, dijadikan anak angkat kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga dia melanjutkan pengajian ke universiti.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tersentuh dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh Putri Qisya, yang berazam untuk mengubah masa depannya melalui pendidikan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagaimana impian arwah ibunya sebelum pemergian tragis itu.
Baca juga: Jenazah 6 Beranak Selamat Dikebumikan, Berhampiran Pusara Kembar Anak Bongsu…
TRAGEDI SUNGAI KOROK, PUTRI QISYA JADI ANAK ANGKAT MARA

Sinar Harian
“Saya hampir menitiskan air mata, namun menahan perasaan sebak apabila nenek Putri Qisya berkongsi hasrat arwah ibunya serta cita-cita Qisya sendiri untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.
“Insya-Allah, Mara akan memantau Qisya sebagai anak angkat kami dan memastikan dia mendapat pendidikan yang terbaik sehingga berjaya ke peringkat lebih tinggi.
“Semoga ALLAH SWT pelihara hatinya yang tabah dan menerangi jalan hidupnya dengan cahaya ilmu, kasih sayang dan masa depan yang gemilang,” jelasnya.
Dalam pada itu, Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menasihati Putri Qisya agar terus kuat menghadapi dugaan besar ini dan menjadi anak yang solehah.

“Doa daripada anak yang solehah tidak terhalang untuk ibu bapanya. Saya minta dia terus membaca al-Fatihah dan Surah Yasin sebagai hadiah buat roh ibu bapa serta adik-beradiknya yang telah pergi menghadap Ilahi,” katanya.
Tambah beliau, Putri Qisya turut digalakkan untuk terus berusaha dalam pelajaran demi masa depan yang lebih cerah. Malah, MRSM bersedia untuk menerima kemasukannya pada tahun hadapan, dengan persetujuan daripada neneknya.
Datuk Seri Ahmad Zahid turut memberi jaminan bahawa sebarang bentuk bantuan tambahan akan disalurkan dari semasa ke semasa demi menjamin kesejahteraan Putri Qisya, selaras dengan komitmen kerajaan terhadap kebajikan anak-anak yatim piatu.
Baca juga: “Rumah Sakit, Teman-Teman” – Cikgu Kecewa Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM
Sumber: Sinar Harian
