Menjadi ayah hebat bukanlah hal yang mudah. Namun, semangat tinggi untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak dan isteri wajar diteruskan. Justeru itu, penulis kongsikan 10 tips jadi ayah hebat yang mungkin dapat membantu anda mencapainya!
Ingat, paling penting para ayah jangan mengalah sebelum berjuang. Semoga anda memperoleh keluarga yang bahagia dan harmoni.
Baca juga: Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!
TIPS JADI AYAH HEBAT
Tips menjadi ayah yang hebat:
1. Cintailah isterimu
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dialah yang melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam.
Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir.
Jika anda menyayangi isterimu, maka kasih dan cintailah keluargamu.
2. Luang masa bersama
Sesekali bawalah keluarga anda bersiar-siar. Bersantai di tepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi ‘bonding time’.
- Sesi bersantai dan bermersa bersama-sama sambil mendengar luahan hati masing-masing
- Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri
Jika punya bayi kecil,
- Saat bayi anda berjaga malam ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda
- Biarkan isteri tidur dan ambil tempat isteri anda
Saat bayi anda 3 bulan adalah masa yang tepat untuk memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.
3. Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya menjadi ikutan yang baik untuk anak anda. Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak melihat setiap tingkah laku dan mungkin akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti.
4. Fahamilah karakter setiap anak anda
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain. Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa.
Biarkan pertumbuhan anak selaras dengan alirannya.
Baca juga: Ibu Usia 50 Selamat Lahir Anak Selepas 22 Tahun Penantian, Anugerah Tak Terucap!
Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

Gambar: freepik
5. Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi.
6. Disiplinkan anak dengan kelembutan
Ajar dan didik anak dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah.
7. Tabungan masa hadapan
Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijak merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak.
Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.
8. Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi.
9. Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah SAW. Ajarkan mereka tentang solat, dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi soleh dan solehah serta takut kepada Allah.
10. Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dalam mendidik anak supaya pertumbuhannya sejajar dengan perkembangannya.
Oleh Dunia Ibu-Ibu
Baca juga: Suami Tersedar Di Malam Pertama, Nikahi Isteri Tiada ‘Dara’, Lidah Kelu Tak Terkata!
Sumber: Kedah Version
FT Image: freepik

