DIY & Kraf

Malunya Jiran Datang Tapi Rumah Bau Busuk! Tenang, Guna 5 Cara Semula Jadi Ini

RUMAH BAU BUSUK

Ramai dalam kalangan kita yang masih tidak sedar bahawa punca rumah bau busuk bukan hanya disebabkan oleh udara daripada luar sahaja. Ini kerana sisa makanan, pakaian terpakai, bau masakan dan sampah yang tidak dibuang turut menyebabkan rumah tidak harum.

Selain menyembur pewangi, ada beberapa tips untuk hilangkan bau busuk rumah dengan menggunakan cara semula jadi. Lebih murah dan berkesan, jom cuba!

Baca juga: “Eee Gelinya Dengan Cicak Ni!”- Jangan Risau, Guna 13 Cara Hapuskannya, Menjadi!

RUMAH BAU BUSUK SEBAB MASAKAN? GUNA CARA SEMULA JADI INI

RUMAH BAU BUSUK

1. ARANG

Walaupun arang sering digunakan sebagai alatan membakar tetapi ia juga mampu menghilangkan bau busuk di dalam rumah. Cara penggunaannya mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul arang dan letakkan di sudut rumah. Bau busuk pasti akan hilang!

2. KULIT LIMAU & KULIT KAYU MANIS

Selain menggunakan arang, anda juga boleh menggunakan kulit limau dan kulit kayu manis. Caranya adalah dengan mendidihkan air bersama kulit limau. Kemudian masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan biarkan sehingga naik bau beraroma.

Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Sembur di ruang dapur dan rumah untuk menghilangkan bau busuk.

3. DAUN PANDAN

Buat pengemar bau daun pandan, anda boleh cuba menggunakan ia sebagai bahan untuk mengharumkan rumah. Caranya mudah sahaja iaitu simpulkan daun pandan dan letak di dalam bekas.

Kalau nak lebih wangi, boleh hiriskan dan letak di dalam bekas yang terbuka.

RUMAH BAU BUSUK

4. LIMAU KASTURI

Siapa sangka limau kasturi sebenarnya boleh membuatkan rumah berbau harum. Anda hanya perlu menghiris limau kasturi dan letak ke dalam bekas berisi air.

Kalau nak cantik, letak di dalam bekas kaca dan boleh dijadikan dekorasi ruang tamu. Mudahkan?

5. SODA BIKARBONAT

Selain boleh digunakan dalam masakan, soda bikarbonat juga membantu menghilangkan bau busuk di rumah. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat di dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah.

Paling penting raya nanti jangan lupa buang sampah ya!

Baca juga: Ini Punca Sinki Sering Tersumbat, ‘Point 6’ Tak Ramai Yang Tahu & Jangan Terkejut!

Sumber: Sinarplus Sinar Harian

Yang Popular!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×