Euforia Bola 2026
Deko & Hias

3 Barang ‘Wangi’ Ini Sebenarnya TAK PERLU Ada Dalam Rumah Kita, Punca Masalah Paru-Paru!

pelembut pakaian

Menjadi antara barang wajib dibeli oleh mak-mak semasa keluar membeli-belah adalah pencuci pakaian, pelembut pakaian, dan pewangi rumah. Mana tidaknya, kalau semua barang-barang wangi ini siap ada dalam rumah, mesti segala barang kelengkapan bersih dan harum macam di hotel!

Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah tiga barang ini sebenarnya TIDAK DIPERLUKAN dalam rumah pun kerana boleh membawa mudarat. Kenapa?

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

3 BARANG YANG TAK PERLU ADA DALAM RUMAH KITA, TERMASUK PELEMBUT PAKAIAN!

pelembut pakaian

Menurut perkongsian di laman Facebook, wanita ini menyenaraikan barang-barang tersebut adalah pelembut fabrik (softener), penambah rasa makanan (flavor enhancer) & pewangi bilik (room freshener). Kenapa bahaya?

1.Softener – Kaya ‘fragrance’.
2.Fragrance – Kaya ‘phtalates’.
3.Phtalates – Perosak sistem endokrin yang mengawal hormon badan. Manusia ada lebih kurang 50 hormon dalam badan.

Bayangkan kilang hormon ini kena serang. Apa jadi dengan badan kita? Bahkan, yang kulit sensitif akan lagi sensitif dan mudah rengsa bila terdedah dengan bahan ini. Pakar fabrik sendiri akui, softener ini boleh merosakkan fabrik pakaian kita di samping mencemarkan alam sekitar. Sangat tak disarankan memakai softener.

Seterusnya adalah pewangi iaitu room freshener / car freshener/ segala yang perlu disembut atau gantung supaya wangi adalah adik-beradik, sepupu-sepapat fragrance. Rasanya kenapa bau wangi tu boleh tersebar luas dan kuat baunya? Kerana tinggi kandungan pelarut mudah meruap dan tinggi kandungan pewangi sintetik.

PUNCA PENYAKIT SEPERTI EKZEMA DAN PARU-PARU…

pelembut pakaian

Inilah yang kita hidu secara berterusan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lama-lama organ dalaman kita makin terbeban.
Okay, solvent ni pula, sifatnya yang mudah meruap boleh menganggu pernafasan kita. Biasanya mengakibatkan sesak nafas. Terutama yang ada masalah asma, paru-paru bermasalah, apatah lagi bayi yang sistem pernafasan belum matang, ibu hamil yang rapat dengan bayi. Risiko golongan ini lebih tinggi.

Malah, ramai juga keluarga yang ada anak-anak ekzema atau sendiri mengalami ekzema biasanya sudah buang benda-benda ini dari keperluan hidup mereka tapi kalau ada yang terlepas, boleh semak balik produk yang kita gunakan di rumah.

*Jangan lupa untuk semak balik kandungan kepada barang-barang yang digunakan supaya dapat elak dari masalah kesihatan yang teruk!

Baca juga: Rahsia Rumah Bau Harum Semerbak Macam Hotel Guna Limau Nipis, Jiran Pun Tegur!

Sumber: Azzakhirah Md Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×