Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Rumah Kekal Wangi & Tak Bau Hapak, Potong Daun Pandan Macam Ini Baru Semerbak!

cara buat rumah wangi

Cara buat rumah wangi seperti Asri Meris Anthony di laman Facebook merupakan petua paling mudah, murah dan cepat untuk pastikan rumah sentiasa berbau harum.

Katanya, cara ini sudah diamalkan setiap kali ada tetamu datang rumah, open house, atau bila-bila rasa nak suasana segar dan tenang di rumah.

Baca juga: “Asap Hitam & Api Menyala Depan Mata” Wanita Terkejut Powerbank Tiba-Tiba Meletup Ketika Dicas

CARA BUAT RUMAH WANGI GUNA DAUN PANDAN

CARA BUAT RUMAH WANGI

“Kami hanya guna daun pandan yang ditanam di belakang rumah. Gunting-gunting daun tu dan letak dalam bekas yang cantik. Bau dia boleh tahan dua ke tiga hari,” kongsinya.

Tak perlu alat mahal, tak perlu bahan kimia. Cukup dengan beberapa helai daun pandan dan sedikit kreativiti:

1. Petik atau gunting daun pandan segar dari pokok di rumah (atau beli di pasar kalau tiada).

2. Potong kecil-kecil dan letakkan dalam mangkuk, bekas kaca, atau balang hiasan.

3. Letak di ruang tamu, bilik tidur, dapur atau bilik air.

4. Bau segar pandan boleh bertahan 2 hingga 3 hari.

5. Untuk tahan lebih lama, sembur sedikit air selepas 1–2 hari supaya daun tak cepat kering.

Kalau nak lagi wangi, boleh juga campurkan beberapa titis essential oil pandan atau serai pada daun tersebut dan campuran ini akan buat rumah berbau seperti spa tropika.

Kelebihan cara ini bukan saja pada wangian semula jadi, tapi juga pada keselamatan dan penjimatan. Tiada bahan kimia, tiada api dari lilin dan tiada risiko seperti diffuser elektrik yang terlupa ditutup.

CARA BUAT RUMAH WANGI

“Kadang-kadang benda simple itulah yang paling berkesan. Nak rumah wangi, tak semestinya kena mahal. Daun pandan pun boleh buat kita rasa damai,” tambah Asri lagi.

Jadi, selepas ini kalau ada tetamu nak datang, potong daun pandan dan letak dalam bekas cantik. Pasti wangi serta-merta!

Baca juga: Orang Kata 7 Pokok Bunga Ini Ada ‘Penunggu’, Tapi Ramai Yang Guna Untuk Deko!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×