Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia kini memilih untuk bercuti ke negara Thailand yang berdekatan sahaja. Malah, ribuan rakyat Malaysia mengunjungi selatan Thailand terutama pada cuti sekolah dan cuti umum, biasanya melalui sempadan Kelantan, Perlis, dan Kedah.
Namun, rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand sempena sambutan Deepavali kali ini diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Baca juga: Tak Sangka Boleh Tengok Dinosaur! Jom Ke Zoo Teruntum Kuantan, Zoo Hibrid Pertama Di Malaysia
NAK BERCUTI DI SELATAN THAILAND DIMINTA BERJAGA-JAGA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakyat Malaysia juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini di negara berkenaan terutama di wilayah selatan yang bersempadan.
“Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang. Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan,” katanya.
Sebagai peringatan, rakyat Malaysia perlu membaca situasi terkini membabitkan negara yang ingin mereka lawati. Hal ini kerana, sebanyak tujuh serangan dan pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak di wilayah selatan Thailand dalam tempoh 24 jam bermula 9 Oktober, mengakibatkan kematian seorang anggota polis dan seorang penduduk.
Serangan terbabit mensasarkan pasukan keselamatan di wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani. Selain itu, antara destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia di Narathiwat ialah perkampungan pantai Ban Thon, yang terletak kira-kira 18km dari bandar Narathiwat. Di kampung ini, pelancong sering terpesona dengan pemandangan pesawat yang terbang rendah berhampiran sebuah restoran terkenal, mengingatkan kepada drama Inggeris tahun 1970-an, Fantasy Island.

*Kalau masih boleh ditunda percutian tersebut, maka lebih eloklah begitu. Kita rehat di rumah pun boleh…
Baca juga: AWAS! Ini Senarai Kawasan ‘Hotspot’ Kepala Air Di Perak & Kelantan, Elak Aktiviti Rekreasi
Sumber: Berita Harian
