Euforia Bola 2026
Inspirasi

Tersentuh Akan Semangat Jihad Aktivis GSF, Elly Mazlein Kini Tampil Berhijab “Mohon Doakan Yang Terbaik”

aktivis GSF

Tersentuh dengan semangat dan pengorbanan aktivis GSF dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, pengacara dan penyanyi terkenal Elly Mazlein membuat keputusan penuh makna, dia kini berhijab sepenuhnya.

Elly, atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, mengakui perubahan ini lahir daripada dorongan hati selepas menyaksikan keikhlasan para aktivis yang berjuang membantu rakyat Gaza.

Baca juga: Non-Muslim Malaysia Pengetahuan Luas & Fasih Jelaskan Islam Kepada Pelancong US, Sampai Terharu Netizen!

TERSENTUH JIHAD AKTIVIS GSF, ELLY MAZLEIN KINI BERHIJAB!

aktivis GSF

Dalam masa sama, beliau memohon doa agar perjalanan baharunya itu terus diberkati dan dipermudahkan.

Kemunculan Elly berhijab sewaktu mengacarakan konsert akhir Kilauan Emas 2025 pada Sabtu lalu nyata mencuri tumpuan ramai, malah ramai yang memuji penampilannya yang anggun dan sopan.

“Pertama sekali, saya mohon semua orang doakan yang terbaik untuk saya. Sudah semestinya saya mahukan yang terbaik buat saya.

“Kadang-kadang jihad seseorang buat kita insaf. Kita rasa macam sangat hebat terutama sekali rakan-rakan yang menyertai GSF,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sidang media pentas akhir pertandingan tersebut.

Menurut Elly, keputusannya untuk berhijab turut disambut dengan penuh kasih oleh suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh, yang menjadi tulang belakang dalam setiap langkahnya.

“Sudah tentu suami seronok, dia cium dahi saya dan sangat bahagia. Terima kasih sayang,” katanya dengan senyuman.

Mengulas lanjut, Elly turut menzahirkan rasa kagum terhadap keberanian rakan-rakan industri yang terlibat dalam misi kemanusiaan GSF dan berharap agar mereka kembali ke tanah air dengan selamat.

“Perjuangan mereka sangat hebat dan harus jadi ikutan kita.

“Terima kasih rakyat Malaysia dan satu dunia yang bersama mereka. Saya harap kita sama-sama kuat dan sabar menanti apa yang seterusnya tentang perjuangan GSF.

“Doakan yang baik supaya mereka selamat sampai ke tanah air. Kita sekarang tengah tunggu mereka,” ujarnya.

Baca juga: UiTM Chamber Choir Raih 2 Emas & Peroleh Gelaran Tertinggi Eksklusif Di Pertandingan Antarabangsa!

Selain itu, Elly turut menegur segelintir pihak yang masih bersikap sinis terhadap usaha membantu rakyat Palestin.

“Saya di sini juga mohon hentikan kata yang bukan-bukan. Usaha mereka cukup baik.

“Kenapa mesti kita mematahkan semangat atau keluarkan kata-kata tak cerdik. Tidak perlu mempersoalkan itu ini.

“Daripada sibuk mempersoalkan itu ini, lebih baik mendoakan mereka yang berjuang,” jelasnya tegas.

aktivis GSF

Sementara itu, pempengaruh serta penata gaya tudung terkenal, Muhammad Sayuti atau lebih dikenali sebagai Yuti, turut meluahkan rasa terharu apabila Elly sendiri meminta beliau menata tudungnya untuk program tersebut.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada insan yang menjadi sebahagian daripada detik perubahan penting dalam hidupnya.

Baca juga: Kenang Arwah Ibu Bapa Kerja Tukang Masak & Jahit, Alis Pilih Jurusan Ekonomi Rumah Tangga!

Sumber: Kosmo Online! / Threads @thelikeyuti

FT Image: Instagram Elly Mazlein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×