Euforia Bola 2026
Rakyat

[TERKINI] PM Anwar Umum Setiap Rakyat Dapat RM100 One Off, Harga Minyak Turun!

pm anwar

Teka-teki mengenai pengumuman ‘hadiah’ untuk rakyat dari PM Anwar Ibrahim sudah terjawab dalam satu sesi ‘live’ yang ditayangkan di seluruh Malaysia.

Penghargaan yang bertemakan ‘Bersama Malaysiaku’ ini turut disertai pengumuman bahawa pada hari esok (Khamis 24 Julai 2025) beliau akan memperkenalkan  ‘Sejahtera Madani’ yang bertujuan untuk memastikan golongan miskin tegar dapat dibantu.

Baca lagi: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan TAMBAHAN SARA 2025, Mungkin Kali Ini Anda Lulus!

PM ANWAR UMUM SETIAP RAKYAT DAPAT RM100 ‘ONE OFF’

pm anwar

1. PERTAMA: SARA untuk SEMUA

Sukacita diumumkan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.

2. PENGHARGAAN SEMPENA HARI MALAYSIA

Sukacita diumumkan bahawa 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

3. MEMPERBANYAK JUALAN RAHMAH MADANI

Jualan Rahmah MADANI 2025 telah disediakan RM300 juta. Bagi memperbanyak capaian program, peruntukan
tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta.

Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri,selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat.

4. KADAR TOL KEKAL

Tahun ini, 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol sepertimana perjanjian. Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama. Susulan itu, Kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta. Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan
(SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

5. Subsidi Petrol

Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025. Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM2.00 seliter.

*Terima kasih!

Baca lagi: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

Sumber: Foto (Focus Malaysia), Anwar Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×