Euforia Bola 2026
Rakyat

12.5 Juta Rakyat Manfaatkan Bantuan SARA Dalam 3 Minggu Pertama, 2 Kali Ganda Berbanding 2025!

program sumbangan asas rahmah

Dalam tempoh hanya tiga minggu selepas pelancarannya, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatat angka penggunaan yang tinggi apabila lebih 12.5 juta rakyat Malaysia telah menggunakan kredit bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas, dengan jumlah perbelanjaan melebihi RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kejayaan ini menunjukkan hasil penjimatan daripada pengurusan kewangan negara yang lebih berdisiplin kini dapat disalurkan terus kepada rakyat tanpa melalui proses yang rumit.

Baca juga: [TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026

PROGRAM SUMBANGAN ASAS RAHMAH CATAT JUALAN HARI PERTAMA LEBIH TINGGI

program sumbangan asas rahmah

Menurut laporan Kementerian Kewangan, nilai jualan pada hari pertama pelaksanaan program SARA tahun ini mencapai RM97 juta, hampir dua kali ganda berbanding RM50.7 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini menunjukkan sambutan yang kuat daripada rakyat terhadap bantuan ini.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa sistem yang digunakan untuk program SARA kini lebih cekap. Pada tahun lalu, sistem hanya mampu memproses sekitar 3,782 transaksi setiap minit pada hari pertama pelaksanaan. Untuk tahun ini, sistem telah dinaik taraf sehingga mampu memproses lebih daripada 11,000 transaksi seminit, sekali gus mengurangkan kelewatan semasa pembelian oleh penerima bantuan.

Program SARA menggunakan MyKad sebagai medium kredit, membolehkan bantuan terus dimanfaatkan oleh penerima tanpa perlu pengeluaran tunai. Menurut Kementerian Kewangan, penggunaan MyKad menjadikan proses pembelian lebih teratur dan efisien, sekaligus memudahkan rakyat membeli barangan asas yang diperlukan.

Senarai Barang MyKasih 2026- Dikemaskini

program sumbangan asas rahmah

Buat anda yang masih keliru, berikut merupakan senarai barang MyKasih 2026 yang telah diluluskan, dibahagikan mengikut 15 kategori utama.

  1. Beras: Jasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid
  2. Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White
  3. Telur: CP, NutriPlus, QL Eggs
  4. Minyak Masak: Alif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit
  5. Tepung: Blue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros
  6. Biskut: Munchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng
  7. Mi Segera: Indomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan
  8. Minuman: Dutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker
  9. Makanan Dalam Tin: TC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup
  10. Bahan Perasa: Puteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, CSR, Babas, Mak Siti
  11. Produk Kebersihan Diri: Colgate, Kotex, Dettol
  12. Ubat-Ubatan (OTC): Prospan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam
  13. Barangan Persekolahan: Stabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih
  14. Barangan Kebersihan Rumah: Sabun dan serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan, pencuci lantai
  15. Makanan Sejuk Beku (kategori baharu): Ayam sejuk beku, nugget, sosej, bebola ikan, bebola ayam, produk sejuk beku berlabel makanan asas yang diluluskan

Secara ringkasnya, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 memberi lebih banyak pilihan barangan asas kepada rakyat bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup. Dengan sistem pembayaran melalui MyKad yang mudah dan rangkaian kedai yang semakin luas, bantuan ini dapat dimanfaatkan secara lebih teratur dan berkesan oleh penerima.

Baca juga: Tanpa Mohon, RM100 Terus Masuk! Ini Info Lengkap SARA Untuk Semua 2026 Boleh Semak Hari Ini

Sumber: Kementerian Kewangan & BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×