KDPB Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya berkesempatan menyampaikan syarahan ilmiah di Universiti Oxford, salah sebuah institusi pendidikan tertua dan paling berprestij di dunia.
Baca juga: Rumah Kekal Wangi & Tak Bau Hapak, Potong Daun Pandan Macam Ini Baru Semerbak!
TENGKU AMPUAN PAHANG LAKAR SEJARAH, BERI SYARAHAN DI UNIVERSITI OXFORD

Paduka Baginda membentangkan syarahan bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan” pada pukul 9.45 pagi waktu tempatan.
Syarahan ini menampilkan pemaparan yang jelas, terperinci, dan berwibawa, di mana baginda menjadi suara rasmi bagi kerajaan negeri Pahang dalam usaha menegaskan semula kepentingan Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua yang masih relevan dalam konteks tamadun berdaulat.
Dalam syarahan tersebut, baginda menekankan peranan Pahang bukan sahaja sebagai sebuah wilayah dengan sejarah panjang, tetapi juga sebagai pusat ketamadunan, ilmu pengetahuan dan perundangan yang gemilang.
Baginda menegaskan bahawa Pahang bukan sekadar tinggalan nostalgia sejarah, sebaliknya merupakan nadi yang terus hidup dalam tradisi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat.

Tunku Azizah turut menegaskan kepentingan pengiktirafan ilmiah terhadap sejarah perlembagaan Melayu-Islam sebagai sebahagian daripada penakrifan semula ilmu sejarah global.
Syarahan ini disambut dengan penuh perhatian oleh para cendekiawan, pensyarah, dan pelajar Universiti Oxford, menandakan penghormatan antarabangsa terhadap sumbangan sejarah dan intelektual Kerajaan Pahang dalam konteks warisan Melayu-Islam.
Kejayaan ini sekali gus menegaskan kedudukan Pahang sebagai pusat rujukan ilmiah bagi kajian perlembagaan, maritim, dan ketamadunan di peringkat global.
Baca juga: Isteri Tekad Terjun Dari Kereta Sedang Bergerak, Takut Dipukul Suami Kerana Bergaduh!
Sumber: Facebook
