Euforia Bola 2026
Inspirasi

Lelaki Ini Lukis Potret Diraja Atas Kain Tenun Pahang Dihiasi 1000 Kristal Swarovski, Memang Memukau!

kain tenun pahang

Setiap individu dianugerahkan bakat tersendiri yang menjadikan mereka unik dan istimewa. Ada yang menyerlah melalui suara, dan tidak kurang juga yang menzahirkan kreativiti melalui seni visual yang penuh makna di atas kain tenun Pahang.

Itulah yang dibuktikan oleh seorang pelukis tempatan apabila karyanya berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menghasilkan potret diraja menggunakan Kain Tenun Pahang Diraja, dihiasi pula dengan lebih 1,000 kristal Swarovski yang memberikan sentuhan eksklusif dan mewah!

Baca juga: “Raja Sehari Jumpa Raja Setiap Hari”- Pengantin Tak Sangka Bertemu Sultan Pahang & Tunku Azizah Ketika Photoshoot

HASILKAN POTRET DIRAJA ATAS KAIN TENUN PAHANG DIHIASI 1,000 KRISTAL SWAROVSKI!

kain tenun pahang

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh @wisyilukis, proses penghasilan potret Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipaparkan secara dekat dan penuh teliti.

Apa yang lebih menarik, karya istimewa itu bukan sekadar lukisan biasa. Ia dihasilkan di atas kain warisan diraja Pahang dan menjadi lukisan keempat hasil tangan pelukis berkenaan yang dipamerkan di Istana, sekali gus mencerminkan kepercayaan tinggi pihak istana terhadap bakat dan ketelitian seninya.

Video berdurasi 59 saat itu turut memperlihatkan fokus mendalam pelukis terhadap setiap perincian wajah, termasuk ekspresi mata dan garis halus yang melambangkan kesabaran serta tahap ketelitian yang tinggi sepanjang proses berkarya.

kain tenun pahang

MOMEN BERMAKNA, DIPERSEMBAHKAN KEPADA SULTAN & TENGKU AMPUAN PAHANG

kain tenun pahang

Karya tersebut kemudiannya disempurnakan sebagai potret rasmi bernilai seni tinggi sebelum dipersembahkan kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang. Turut dirakam momen bermakna apabila balutan lukisan dibuka untuk tatapan baginda berdua, sekali gus menambah nilai sentimental pada karya berkenaan.

Dalam perkongsian sama, @wisyilukis turut meluahkan rasa syukur atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak istana.

“Lukisan saya yang keempat untuk istana. Kali ini dihasilkan di atas Kain Tenun Pahang Diraja dan dihiasi lebih 1,000 kristal Swarovski.

Menjunjung kasih KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang. Semoga lukisan patik ini dapat menghiasi dinding Istana Negeri Pahang,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelukis juga pernah menghasilkan potret DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan potret tersebut dibawa masuk ke Istana Negara.

Ini membuktikan bahawa karya ini bukan sahaja menampilkan keindahan seni lukis, malah menjadi simbol penghargaan terhadap warisan, kesabaran dan kehalusan seni tempatan yang wajar dibanggakan. Tahniah!

@wisyilukisLukisan saya yang ke-4 masuk Istana, lukisan kalini dihasilkan diatas Kain Tenun Pahang Diraja & dihiasi lebih 1000 kristal Swarovski 😁🫶🏻 Menjunjung kasih KDPB Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan KDPB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Semoga lukisan patik ini dapat menghiasi dinding Istana Negeri Pahang ☺️🙏🏻

♬ original sound – wisyilukis

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!

Sumber: Tiktok @wisyilukis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×