Anda mencari tempat berbuka puasa outdoor berhampiran lokasi anda? Jangan risau, penulis kongsikan senarainya di bawah ini untuk rujukan semua.
Selain berbuka di rumah atau restoran, berbuka puasa secara outdoor semakin menjadi pilihan kerana suasananya yang santai dan nyaman.
Baca juga: 24 Resepi Air Untuk Berbuka Boleh Buat Sendiri, Lega Bila Dapat Minum!
TEMPAT BERBUKA PUASA OUTDOOR, SERONOK BERBUKA MACAM INI
Berikut adalah beberapa lokasi berbuka puasa secara outdoor:
1. Perlis

Dataran Sheikh Ahmad, Kangar
Lokasi dataran ini terletak berdekatan Masjid Alwi dan pusat bandar Kangar. Lebih menariknya, mempunyai kawasan lapang dan selesa, mudah diakses, berdekatan dengan bazar Ramadan.
Sesuai untuk yang ingin berbuka secara santai sambil menikmati suasana bandar Kangar
2. Kedah
Dataran Stargate, Alor Setar
Tempat berbuka puasa outdoor yang seterusnya adalah di Dataram Stargate, Alor Setar. Dataran ini terletak berhampiran dengan jalan utama ke pusat bandar Alor Setar
Antara kelebihan berbuka di sini adalah bnyak gerai makanan berdekatan, suasana lapang untuk berbuka secara outdoor selain tempat letak kereta yang luas
Sesuai untuk mereka yang ingin berbuka dengan pemandangan terbuka dan akses mudah ke makanan.
3. Pulau Pinang

Tripadvisor
Padang Kota Lama, George Town
Terletak bersebelahan Fort Cornwallis. Angin laut yang nyaman membuatkan ramai memilih untuk berbuka di sini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi laut.
4. Perak
Bulatan Aman Jaya, Meru, Ipoh
Kawasan lapang di Bandar Meru Ipoh membuatkan ramai yang berbuka di sini. Lebih menariknya, dataran ini terletak berhampiran dengan bazar Ramadan.
5. Tempat berbuka puasa outdoor – Selangor
Padang MBSA Dataran Shah Alam
Padang ini terletak di Seksyen 14, Shah Alam berdekatan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan bazar Ramadan. Sesuai untuk berbuka secara santai sebelum menunaikan solat di masjid negeri.
6. Kuala Lumpur

River of Life
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka juga antara tempat berbuka puasa outdoor yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai. Sesuai untuk mereka yang ingin berbuka di ibu kota.
7. Putrajaya
Dataran Putrajaya (Presint 3)
Lokasi tempat berbuka puasa outdoor Dataran Putrajaya ini terletak di Presint 3. Kawasannya yang luas dan berhampiran bazar Ramadan membuatkan ia menjadi tarikan pengunjung.
Taman Saujana Hijau
Taman Saujana Hijau terletak Presint 11 ini sesuai untuk mereka yang ingin berbuka dalam suasana lebih nyaman dan tenang.
8. Melaka

Hatten Group
Dataran Pahlawan
Terletak di tengah bandar Melaka dan sesuai untuk mereka yang ingin berbuka di tempat penuh sejarah.
9. Johor
Dataran Bandaraya, Johor Bahru
Terletak bersebelahan Pantai Lido dan mempunyai banyak gerai makanan. Sesuai untuk berbuka sambil menikmati angin pantai.
10. Tempat berbuka puasa outdoor – Pahang
Padang Majlis Bandaraya Kuantan
Kawasan lapang, mudah diakses dan terletak berdekatan dengan masjid membuatkan ramai ingin berbuka puasa di sini.
11. Terengganu
Dataran Shahbandar Kuala Terengganu
Banyak gerai makanan dan minuman berhampiran dataran ini jadi anda boleh membeli mengikut cita rasa masing-masing.
12. Kelantan
Dataran Warisan, Kota Bharu
Tempat berbuka puasa outdoor yang terakhir sekali adalah Dataran Warisan, Kota Bharu yang terletak berhampiran bazar dan masjid.
Sekiranya anda bosan berbuka di rumah, boleh cuba tempat berbuka puasa outdoor seperti dikongsikan di atas ini.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Dah Tak Ada Idea Nak Masak Apa? Jangan Risau, Ini 50 Idea Menu Berbuka & Sahur
Sumber: Google
