Euforia Bola 2026
Nur

Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!

tata cara mandi wajib

Mandi wajib merupakan ibadah yang perlu dilakukan dengan tertib dan memenuhi rukun yang telah ditetapkan. Oleh itu, tata cara mandi wajib dan perlaksanaannya memerlukan perhatian terhadap langkah-langkah tertentu bagi memastikan setiap bahagian tubuh terkena air dan hadas besar diangkat.

Ketahuilah, di dalam mazhab Syafi’e, terdapat tiga rukun utama mandi wajib yang perlu diketahui iaitu niat, meratakan air ke seluruh tubuh dan tertib.

Baca juga: Hukum Pancut Air Mani Di Luar Rahim Ketika Senggama, Islam Benarkan Ke?

TATA CARA MANDI WAJIB

tata cara mandi wajib

Gambar: Google

LANGKAH DEMI LANGKAH MANDI WAJIB

Persediaan awal

  1. Basuh tangan dan kemaluan untuk menghilangkan najis.
  2. Ambil wuduk sebelum mandi wajib adalah sunat.
  3. Baca Bismillah dan niat di dalam hati.

Niat mandi wajib umum:

نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَكْبَرِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitu raf‘al hadathil akbari lillahi ta‘ala

Erti: “Sahaja aku mandi wajib untuk mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala.”

Langkah pertama – Mulakan mandi wajib dengan kepala

  1. Siram air ke kepala (seluruh bahagian rambut, termasuk celahan) sambil memastikan ia meresap hingga ke kulit kepala
  2. Ratakan air ke rambut dan kulit kepala dengan meleraikan rambut bagi yang panjang atau bersanggul.

Langkah kedua – Siram bahagian badan kanan

  1. Siram air dari atas (bahagian atas badan) hingga ke kaki dengan memastikan air mengalir ke seluruh bahagian tubuh termasuk bahagian depan dan belakang.
  2. Pastikan air sampai ke celahan tubuh (celah ketiak, telinga dan belakang telinga, celah jari tangan dan kaki).

Langkah ketiga – Siram bahagian kiri badan

  1. Siram air dari bahu hingga ke kaki dengan memastikan air mengalir ke seluruh tubuh termasuk di sebelah kiri.
  2. Perincikan siraman pada bahagian sulit (lipatan bawah lutut, lipatan perut dan celah tubuh yang lain) dan tiada bahagian sulit yang tertinggal.

Penutup mandi wajib –  Pemeriksaan

  1. Pemeriksaan akhir pada bahagian tubuh yang sering terlepas perhatian, seperti celah jari, belakang lutut atau bawah kuku.
  2. Jika ada bahagian diragui, ulang siraman air pada bahagian tersebut untuk meyakinkan diri.
  3. Sunat membaca doa selepas mandi wajib.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Asy-hadu alla ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, wa-asy-hadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh

Erti: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya.”

Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!

Baca juga: Di Majlis Keramaian, Islam Larang Duduk Semula Bila Selesai Makan & Ini Sebabnya!

LAFAZ NIAT MANDI WAJIB

1. Haid:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَيْضِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitul ghusla lira’fil haidli lillahi ta‘ala

Erti: “Sahaja aku mandi wajib daripada haid kerana Allah Ta’ala”

2. Nifas:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ النِّفَاسِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitul ghusla lira’fin nifasi lillahi ta‘ala

Erti: “Sahaja aku mandi wajib daripada nifas kerana Allah Ta’ala”

3. Wiladah

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْوِلَادَةِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitul ghusla lira’fil wiladati lillahi ta‘ala

Erti: “Sahaja aku mandi wajib daripada wiladah kerana Allah Ta’ala”

4. Nifas dan haid sekaligus

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitul ghusla lira’fil haid wan nifasi lillahi ta‘ala

Erti: “Sahaja aku mandi wajib daripada haid dan nifas sekaligus kerana Allah Ta’ala”

5. Keluar mani dan junub (lelaki)

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْجَنَابَةِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitul ghusla lira’fil janabati lillahi ta‘ala

Erti: “Sahaja aku mandi wajib daripada junub kerana Allah Ta’ala”

Baca juga: Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 2025, Seluruh Negeri Di Malaysia! (Lengkap)

Sumber: Aku Islam

FT Image: Getty Images/iStockphoto/Ekaterina79

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×