Euforia Bola 2026
Nur

Masuk Tahun Baru Islam, Ini Amalan Malam 1 Muharram Boleh Buat Lepas Maghrib… Jangan Terlepas!

malam 1 muharram

Malam 1 Muharram sering dianggap sebagai waktu yang baik untuk umat Islam bermuhasabah dan memperbaharui niat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah.

Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, bermakna kita sudah memasuki tahun Islam yang baharu kerana kalendar Hijrah bermula selepas terbenam matahari.

Baca juga: Senarai Doa Sesuai Dibaca Setiap Tahun Baru & Amalkan Sepanjang Tahun, Lebih Afdhal Jika Hafal!

5 AMALAN BOLEH BUAT DI MALAM 1 MUHARRAM

malam 1 muharram

Gambar hiasan: Gemini AI

Walaupun tiada amalan khusus yang diwajibkan atau disandarkan secara sahih oleh Nabi Muhammad SAW khusus pada malam 1 Muharram, terdapat beberapa amalan umum yang digalakkan untuk dilakukan sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Berikut antara amalan yang boleh dilakukan selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.

1. Perbanyakkan doa & muhasabah diri

Masuknya tahun baharu Hijrah boleh dijadikan masa terbaik untuk menilai kembali amalan sepanjang tahun lalu. Ambil sedikit masa untuk bermuhasabah seperti apakah perkara baik yang boleh diteruskan dan apa pula yang perlu diperbaiki.

Selain itu, perbanyakkan doa agar diberikan kesihatan, keberkatan rezeki dan dipermudahkan urusan sepanjang tahun baharu.

2. Membaca al-Quran

Tidak salah menjadikan malam pertama bulan Muharram sebagai titik permulaan untuk memperbaiki hubungan dengan Al-Quran.

Walaupun hanya beberapa muka surat, konsistensi lebih penting berbanding jumlah yang banyak tetapi tidak berterusan.

Baca juga: Hebat! Mahasiswa Ini Cipta Aplikasi AI Bantu Kanak-Kanak Hafal Al-Quran, Menang Pertandingan Apple

malam 1 muharram

Gambar hiasan: Gemini AI

3. Solat sunat & berzikir

Umat Islam juga boleh memperbanyakkan solat sunat seperti solat taubat, solat hajat atau qiyam ringkas di rumah.

Selain itu, amalan zikir dan istighfar juga boleh menjadi pengisian malam yang lebih tenang dan bermakna.

4. Pasang azam yang lebih baik

Kalau tahun baharu Masihi sering dikaitkan dengan azam, apa kata jadikan tahun baharu Islam juga sebagai permulaan baharu.

Contohnya, cuba tetapkan sasaran kecil seperti menjaga solat lima waktu, bersedekah secara konsisten atau mengurangkan perkara yang melalaikan.

5. Elakkan berpegang pada amalan tidak bersumber sahih

Perlu juga diingat, terdapat beberapa amalan yang sering dikongsi di media sosial seperti bacaan atau solat tertentu pada malam 1 Muharram yang tidak mempunyai sandaran hadis sahih.

Sebaiknya, utamakan amalan umum yang memang dianjurkan dalam Islam seperti berdoa, membaca Al-Quran, berzikir dan memperbaiki diri.

Apa yang lebih penting, jadikan kedatangan tahun baharu Hijrah sebagai peluang untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Baca juga: Jalan Macam Babi, Tapi Sebenarnya Rusa? Ini Hukum Makan Rusa Babi (Hog Deer) Yang Ramai Keliru

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / JAKIM / Pejabat Mufti Negeri Sembilan

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×