Euforia Bola 2026
Rakyat

[TERKINI] Tarikh Agihan Diumumkan, Lebih 5.2 Juta Murid Dapat Bantuan Awal Persekolahan 2026

bantuan awal persekolahan 2026

Bantuan Awal Persekolahan 2026 terus menjadi tumpuan ibu bapa apabila kerajaan mengesahkan bantuan kewangan berjumlah RM150 secara one-off akan diteruskan bagi membantu meringankan beban persediaan sekolah anak-anak pada tahun hadapan.

Menerusi pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai lebih 5.2 juta murid sekolah akan menerima manfaat tersebut, termasuk pelajar Tingkatan 6, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.

Baca juga: PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari, Ini Senarai 30 Lokasi Smart Lane Untuk Elak Sesak Cuti Krismas & Tahun Baru!

TARIKH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

bantuan awal persekolahan 2026

Gambar hiasan: KPM

Bagi tahun 2026, kaedah penyaluran Bantuan Awal Persekolahan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah menerusi program pertemuan antara guru dan ibu bapa, sama seperti pendekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” kata kenyataan itu, pada Isnin.

Untuk makluman, agihan bantuan dijadualkan bermula seawal 11 Januari 2026 (Ahad) dan akan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah seluruh negara.

Baca juga: Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2026 Dah Buka, Cepat Mohon Sebelum Tarikh Tutup!

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan peruntukan sebanyak RM800 juta menerusi Belanjawan 2026.

Selain itu, kerajaan turut memperluas Bantuan Am Persekolahan (BAPs) kepada murid miskin sehingga Tingkatan Lima, berbanding hanya hingga Tingkatan Tiga sebelum ini, dengan peruntukan berjumlah RM180 juta.

Dalam masa sama, kerajaan turut menyediakan RM150 juta bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat.

Selain itu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan bagi memastikan murid terus mendapat makanan berkhasiat. Untuk itu kerajaan memperuntukkan RM870 juta bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 870,000 murid di seluruh negara.

Baca juga: Jiran ‘Report’ Terganggu Bau Masakan, Pihak Berkuasa Melaka Datang Ketuk Pintu Rumah Buat Siasatan!

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

FT Image: Media Mulia Sdn Bhd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×