Euforia Bola 2026
Rakyat

Belanjawan 2026: Bantuan Khas Kewangan RM500 Penjawat Awam, Bantuan Sekolah & Pendidikan Percuma!

belanjawan 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada pukul 4.00 petang tadi.

Belanjawan itu merupakan yang keempat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI serta yang pertama dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menjadi asas utama pelaksanaan pelan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Baca juga: Belanjawan 2026: Diskaun Tol 50% Dua Hari Sempena Deepavali, RM100 SARA Disalurkan Lagi Februari 2026!

BELANJAWAN 2026: BANTUAN KHAS RM500 PENJAWAT AWAM, PENDIDIKAN PERCUMA & BANTUAN SEKOLAH

Menurut PMX yang mengenakan Baju Melayu berwarna biru cair pada kali ini, RM470 bilion telah diperuntukkan untuk Belanjawan MADANI keempat berbanding RM452 bilion tahun lalu.

1. Bantuan Khas Kewangan 500 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak 250 ringgit. Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

2.Kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit bagi menghargai khidmat 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan 35 juta
ringgit.

3. RM120 Juta Pendidikan Percuma Melalui PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA. Pengecualian bayaran balik kelas pertama RM90m/yr.

4.Bantuan Awal Persekolahan dikekalkan, ibu bapa perlu tuntut di sekolah dan tidak akan dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa.

belanjawan 2026

Baca juga: Scan, Bayar & Isi – Ini Cara Paling Senang Nikmati Subsidi RON95 Guna TNG eWallet, Boleh Semak Kelayakan Hari Ini!

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×