Euforia Bola 2026
Famili

Ramai Tersentuh Tengok Tangisan Si Kecil Ini, Sebut Arwah “Mama, Papa…” Di Majlis Kahwin!

anak kecil

Anak kecil sering kali tidak mengerti sepenuhnya tentang kehilangan. Namun, hati mereka cukup tulus untuk menyimpan rindu yang dalam.

Itulah yang terjadi kepada seorang anak kecil bernama Alwee, yang kini tular di TikTok kerana menyebut “mama, papa” berulang kali ketika berada di sebuah majlis perkahwinan. Detik yang mengundang sebak dan air mata ramai warga maya.

Baca juga: Pesanan Penting Buat Anak Gadis, JANGAN KAHWIN MUDA Sekiranya Tiada Perkara Ini!

RINDU SEORANG ANAK KECIL YATIM PIATU

anak kecil

TikTok @azhanifisal

Majlis itu pada asalnya hanya sekadar satu jemputan biasa buat para tetamu. Namun, bagi Alwee yang baru berusia dua tahun, ia menjadi saat paling menyentuh kerana mengingatkannya pada kedua ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.

Sambil menunjuk ke arah pelamin, dia tidak berhenti memanggil “mama, papa,” seolah-olah mahu memberitahu dunia betapa rindunya dia kepada insan yang pernah mendakap dan membesarkannya.

Baca juga: Tubuh Bagi Petunjuk Sebelum Ajal, Ini 11 Tanda Yang Patut Kita Ambil Serius

Apa yang lebih meruntun hati, selepas majlis selesai dan dalam perjalanan pulang, Alwee duduk memandang keluar jendela. Matanya bergenang, dan bibir kecilnya tetap menyebut “mama, papa.”

Tangisan tanpa suara itu bagaikan mengungkap kerinduan yang tiada penghujung.

Warga maya yang menonton video tersebut tidak mampu menahan sebak, malah ramai yang meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat kepada si kecil ini.

Baca juga: “Abang, Sayang Penat…” Tangisan Sunyi Isteri Di Usia 40an, Ini Yang Suami Perlu Bersedia & Faham!

anak kecil

TikTok @azhanifisal

Namun begitu, kasih sayang masih mengelilingi Alwee.

Seorang wanita yang digelar sebagai ‘Bonda’ dalam video tersebut, dipercayai ibu saudaranya, menjaga dan melayan Alwee seperti anak sendiri. Bonda mendedahkan bahawa air dan kolam renang adalah sesuatu yang menenangkan hati Alwee.

Justeru, rakan-rakan rapat mengatur sesi bermain air untuk menceriakan semula si kecil ini. Usaha kecil itu berjaya kerana Alwee mula menunjukkan riak ceria semula, meskipun lukanya masih belum sembuh sepenuhnya.

Baca juga: 6 Petua Rawat Hati Busuk & Dengki, Warisan Orang Lama Yang Masih Relevan Hari Ini

Ribuan komen membanjiri perkongsian tersebut. Ramai yang berkongsi pengalaman sendiri sebagai anak yatim dan mendoakan agar Alwee membesar dengan penuh kasih sayang dan ketabahan.

Malah, ada juga yang bertekad untuk menamakan anak mereka ‘Alwee’ sebagai penghormatan kepada semangat dan ketulusan anak kecil ini.

Kisah ini adalah cermin kepada betapa dalamnya rindu seorang anak dan betapa pentingnya kasih sayang serta keprihatinan insan sekeliling dalam membantu anak-anak yatim menghadapi dunia tanpa ibu bapa.

Semoga Alwee terus membesar dengan sihat, kuat dan dikelilingi oleh cinta yang tiada berpenghujung.

@azhanifisal

Yesterday was tough for him but thank you for thinking of Mama Papa, Alwee. And thank you friends for arranging this ❤️‍🩹 #kindness #griefjourney #bondaalwee #vlog #parenting #toddler #waterplay #swim #auntlife

♬ original sound – azhanifisal – azhanifisal

Baca juga: Dari 2A SPM (Sastera) Ke Anugerah Tertinggi Universiti (Kejuruteraan) Di Indiana, Ini Kisah Inspirasi Zul Hakim!

Sumber: TikTok @azhanifisal

Ft Image: TikTok @azhanifisal / pinterest @ayulil’princess

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×