Euforia Bola 2026
Asuh

Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!

penyakit hfmd

Baru-baru ini dikhabarkan bahawa penyakit HFMD yang merupakan singkatan daripada Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut telah kembali dan mula ‘menyerang’ di beberapa tempat. Di mana, penyakit ini disebabkan oleh Enterovirus, termasuk virus coxsackie dari famili Picornavirus.

Secara tidak langsung, menjadikan kanak-kanak kecil paling berisiko untuk mendapat jangkitan kerana ia merebak melalui air liur, cecair lepuh dan najis pesakit. Justeru itu, berikut merupakan tanda-tanda penyakit HFMD yang perlu dicakna oleh masyarakat kerana orang dewasa juga boleh dijangkiti.

Baca juga: Ibu Kena Tukar Makanan Anak Kepada 9 Jenis Ini, Bantu Anak Speech Delay Banyak Bercakap!

TANDA-TANDA PENYAKIT HFMD

penyakit hfmd

Gambar hiasan HFMD:

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut boleh menyebabkan semua gejala berikut atau hanya sebahagian daripadanya. Antara gejala yang dimaksudkan adalah seperti:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Berasa sakit
  • Luka yang menyakitkan seperti lepuh pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi
  • Ruam pada tapak tangan, tapak kaki, dan kadang-kadang punggung. Ruam tidak gatal, tetapi kadang-kadang ia mempunyai lebih. Bergantung pada warna kulit, ruam mungkin kelihatan merah, putih, kelabu, atau hanya kelihatan sebagai benjolan kecil.
  • Hilang selera makan
  • Bayi mudah menangis dan meragam
  • Keletihan
  • Muntah
  • Susah bernafas atau jantung berdebar dengan kuat

Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!

HFMD boleh berjangkit pada orang dewasa juga

Mungkin ramai menganggap HFMD hanya akan menyasarkan golongan kanak-kanak atau bayi sahaja. Namun sebenarnya orang dewasa boleh sahaja mendapatkan jangkitan dari kanak-kanak HFMD.

Orang dewasa pada lazimnya akan mengalami gejala yang lebih ringan berbanding kanak-kanak.

Kebanyakkan orang dewasa yang mendapat penyakit ini mempunyai kontak rapat dengan kanak-kanak seperti pekerja pusat jagaan kanak-kanak, rumah pengasuh, tadika, guru sekolah, dan sebagainya.

Cara pencegahan di peringkat awal

Justeru itu, dengan melakukan beberapa langkah pencegahan di peringkat awal yang bermula dari diri sendiri dan di rumah, dipercayai dapat mencegah anda dari dijangkiti.

  1. Elak bawa diri dan anak-anak ke tempat awam yang berisiko penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam, pusat beli belah atau taman tema.
  2. Jaga kebersihan diri dan cuci tangan dengan betul
  3. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut kerana virus HFMD boleh berjangkit dengan sentuhan.
  4. Elak berhubung rapat dengan pesakit HFMD seperti memeluk atau mencium mereka.
  5. Bersihkan dan nyah kuman permukaan yang kerap disentuh dan barang yang dikongsi, seperti mainan dan tombol pintu.

Baca juga: Ketahui 11 Tanda Anak Kinestetik Jenis Buat Ibu Mengucap Panjang, Rupanya Ciri Orang Berjaya!

Sumber: MKN / e-Central

FT Image: Google / HD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×