Menerusi laman Facebook milik seorang ibu dikenali Ismi Mirah, dia ada kongsikan petua rawat HFMD yang berkesan dengan menggunakan daun semambu.
Menurutnya, cara ini ternyata berkesan untuk merawat penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang dialami oleh anak lelakinya itu. Kalau tak percaya, kena cuba!
Baca juga: Wanita Ini Tak Pernah Buang Kulit Bawang Putih, Banyak Manfaat Rupanya Bila Bakar Masa Senja!
PETUA RAWAT HFMD DENGAN CEPAT, GUNA DAUN SEMAMBU

Ini antara ikhtiar terakhir selepas yang lain saya cuba tak menjadi. Rawat HFMD guna bedak sejuk dan air daun semambu.
Dua bahan sahaja diperlukan:
- Daun semambu
- Bedak sejuk (beli yang putih original)
Cara penyediaan:
1. Buang tangkai dan siang seperti sayur. Kemudian, kisar sehingga pekat.
2. Tapis dan ambil airnya sahaja.
3. Setelah itu, bancuh dengan bedak sejuk dan jangan terlalu pekat.
4. Sapu di seluruh bahagian badan anak selepas mandi pagi dan petang.
Hari pertama, ruam kecil dah kering. Hari kedua pula, ruam besar yang mengelembung pecah. Badan pun semakin sihat dan tak demam.
Hari ketiga, masih lagi proses mematikan ruam-ruam degil. Rawatan masih diteruskan sehingga ruam merah HFMD hilang sepenuhnya.
Semoga perkongsian cara merawat HFMD ini dapat memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: Jenis Gigitan Kulit Yang Berpunca Dari 8 Jenis Serangga, STOP Asyik Salahkan Nyamuk Saja!
Sumber: Facebook Ismi Mirah
