‘Misi’ mencari malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan dan lebih baik daripada seribu bulan telah bermula dalam kalangan umat Islam dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Ada beberapa tanda malam Lailatul Qadar yang sering disebut ramai namun Imam Al-Ghazali, seorang ulama tersohor, telah memberikan beberapa petua untuk mengenal pasti tanda-tanda malam istimewa ini.
Apakah petua yang dimaksudkan untuk memudahkan umat Islam?
Baca juga: Misi ‘Memburu’ Malam Lailatulqadar Ikut Jadual Ibadah Ini, Buat Setiap Hari InsyaAllah Terpilih!
PETUA IMAM AL-GHAZALI NAK ‘KESAN’ TANDA MALAM LAILATUL QADAR, ADA KIRAAN!

Foto: Freepik
Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan ulama lain-lain untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadan, seperti kaedah berikut:
– Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
– Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
– Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
– Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
– Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.
Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini? Contohnya;
Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam yang ke dua puluh sembilan dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :

Foto: MKN
Tanda Malam Al-Qadar
Di antara tanda malam Al-Qadar adalah :
1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
3. Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
*Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatulqadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Baca juga: Amalan 10 Malam Terakhir & Doa Bertemu Lailatul Qadar, InsyaAllah ‘Terpilih’!
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
