Euforia Bola 2026
Nur

Misi Mencari Malam Lailatul Qadar, Ini Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadan 2025! Semoga Ada Rezeki

10 malam terakhir

10 malam terakhir Ramadan pastinya hari paling dinantikan oleh umat Islam kerana malam yang lebih baik dari seribu bulan. Seperti mana kita tahu, umat Islam digalakkan untuk meningkatkan ibadah, berdoa, dan memohon keampunan sebanyak mungkin.

Jadi, di bawah ini, penulis kongsikan tarikh 10 malam terakhir untuk ‘pecutan’ mengejar malam Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sah Ke Bayar Zakat Fitrah Tak Sama Dengan Beras Yang Dimakan? Ustaz Ada Jawapannya…

TARIKH 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 2025

10 MALAM TERAKHIR

Freepik

20 Mac – 19 Ramadan (Khamis) – malam ke 20

21 Mac – 20 Ramadan (Jumaat) – malam ke 21

22 Mac – 21 Ramadan (Sabtu) – malam ke 22

23 Mac – 22 Ramadan (Ahad) – malam ke 23

24 Mac – 23 Ramadan (Isnin) – malam ke 24

25 Mac – 24 Ramadan (Selasa) – malam ke 25

26 Mac – 25 Ramadan (Rabu) – malam ke 26

27 Mac – 26 Ramadan (Khamis) – malam ke 27

28 Mac – 27 Ramadan (Jumaat) – malam ke 28

29 Mac – 28 Ramadan (Sabtu) – malam ke 29

30 Mac – 29 Ramadan (Ahad) – malam ke 30

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain.” Riwayat Ahmad

Antara amalan untuk mengejar 10 malam terakhir ini adalah:

  • Banyakkan berdoa
  • Jauhkan diri daripada keserabutan dunia
  • Fokus kepada ibadah
  • Ikhlas berdoa
  • Bersyukur
  • Banyakkan bersedekah
  • Membaca al-Quran
  • Berbicara benda baik sahaja

Semoga kita semua meraih malam Lailatul Qadar. Amin.

Baca juga: Hidup Lebih Bermakna Bila Tahu ‘Rahsia’ Di Sebalik Satu Jam Selepas Subuh, Jom Amalkan!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×