Euforia Bola 2026
Nur

Misi ‘Memburu’ Malam Lailatulqadar Ikut Jadual Ibadah Ini, Buat Setiap Hari InsyaAllah Terpilih!

malam lailatulqadar

Malam Lailatulqadar adalah malam yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun. Merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, 10 malam terakhir dalam Ramadan ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Oleh kerana malam ini merupakan permulaan kepada 10 malam terakhir Ramadan tahun 2025, apa kata kita mulakan juga jadual ibadah yang lebih padat untuk ‘memburu’ Lailatulqadar yang menjadi rahsia Allah SWT.

Baca juga: Haram Ke Makan Biskut Atau Kek Yang Berbentuk Haiwan? Sebelum ‘Masuk’ Perut Kena Tahu!

JADUAL IBADAH ‘MEMBURU’ MALAM LAILATULQADAR

malam lailatulqadar

Foto: Freepik

Berikut merupakan cadangan ibadah bagi tarikh 21, 23, 25, 27 dan 29 Mac 2025 setelah terbenamnya fajar:

1. 9:00 – 10:00 malam

*Membaca & Tadabbur Al-Quran. Tadabbur maksud ayat dan hayati maknanya.

-Baca sekurang-kurangnya 1 juzuk atau beberapa surah pilihan seperti Surah Al-Mulk, Yasin, dan Al-Kahfi.

2. 10:00 – 10:30 malam

*Solat Sunat Taubat & Hajat

– Solat Taubat (2 rakaat) – Mohon keampunan Allah atas segala dosa.
– Solat Hajat (2 rakaat) – Berdoa agar dikurniakan Lailatulqadar dan segala hajat dipermudahkan.

3. 10:30 – 11:30 malam

*Zikir & Doa Mustajab

– Berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar (100 kali setiap satu).
– Berdoa dengan doa Lailatulqadar:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni”
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampuni, maka ampunilah aku).

4. 11:30 – 12:30 malam

*Solat Sunat Tahajjud & Witir

Solat Tahajjud (2 rakaat atau lebih) – Mohon ampun & hidayah.
Solat Witir (1, 3, atau 5 rakaat) – Sebagai penutup ibadah solat malam.

5. 12:30 – 1:00 pagi

* Membaca Al-Quran & Muhasabah Diri

-Fokus kepada surah-surah yang dianjurkan pada malam Lailatulqadar seperti Surah Al-Qadr dan Al-Ikhlas.
-Renungkan amalan diri dan bertaubat.

6. 1:00 – 3:00 pagi

* Qiamullail & Doa Berpanjangan

– Teruskan berzikir, solat, atau berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah.
– Mohon keberkatan, keampunan, dan doa untuk kesejahteraan diri serta keluarga.

7. 4:30- 5:30 pagi

Sahur & Istighfar sementara tunggu untuk solat Subuh.

*Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan Lailatulqadar dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin.

Baca juga: Nak Jodoh Idaman Tiba Di Bulan Ramadan? Ini 3 Doa MUSTAJAB Anda Boleh Baca Setiap Hari

Sumber: Tiktok @hadihanafirz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×