Buah tembikai sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana rasanya yang manis, kandungan air tinggi serta menyegarkan terutamanya dimakan ketika cuaca panas.
Namun, disebalik keenakannya, terdapat risiko kesihatan sekiranya buah tembikai yang dibeli berada dalam keadaan rosak, tercemar atau tidak lagi selamat untuk dimakan.
Baca juga: Bawang Merah Tompok Hitam Tanda Ada Kulat, Kena Basuh Macam Ini Dulu Sebelum Nak Guna!
BUAH TEMBIKAI DAH TAK SELAMAT NAK MAKAN, INI TANDANYA

Freepik
Berikut adalah 11 tanda penting yang menunjukkan buah tembikai tersebut tidak selamat dimakan dan wajar dielakkan demi keselamatan kesihatan:
1. Warna isi terlalu pucat
Isi tembikai yang segar lazimnya berwarna merah terang dan kelihatan berjus. Jika warnanya pucat, keputihan atau kemerahan tidak sekata, ia mungkin belum cukup masak atau kualitinya berkurang.
2. Bau tidak menyenangkan
Tembikai segar hampir tidak mempunyai bau yang kuat. Jika terhidu bau masam, hapak atau seperti buah diperam, itu petanda tembikai telah mula rosak.
3. Isi terlalu lembik & tak rangup
Isi tembikai yang baik akan rasa rangup dan segar apabila digigit. Tekstur yang terlalu lembik, berlendir atau berair berlebihan menandakan proses pereputan sedang berlaku.
4. Ada tompok gelap
Bintik hitam, tompok gelap atau kesan reput pada isi tembikai menunjukkan jangkitan kulat atau bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan.
5. Isi tidak sekata
Isi yang berserat kasar, kelihatan berongga atau tidak sekata sering dikaitkan dengan tembikai yang disimpan terlalu lama atau terdedah kepada suhu tidak sesuai.

Kredit: Reddit
6. Rasa pahit, masam atau pelik
Tembikai sepatutnya manis dan menyegarkan. Jika rasanya pahit, masam atau aneh, ia tidak selamat untuk dimakan walaupun tidak berbau.
7. Kulit luar retak, pecah atau terlalu lembut
Kulit tembikai yang sihat keras dan licin. Retakan atau kelembutan luar biasa boleh membolehkan bakteria masuk ke dalam isi buah.
8. Air keluar tanpa dipotong
Jika tembikai mengeluarkan cecair sendiri walaupun belum dipotong, ini petanda ia sudah rosak dan tidak sesuai dimakan.
9. Ada buih bila dipotong
Kehadiran buih atau cecair keruh selepas dipotong menandakan proses penapaian akibat pertumbuhan bakteria.
10. Lubang kecil pada kulit
Lubang kecil yang tidak biasa boleh menandakan tembikai telah tercemar atau berisiko disuntik bahan tertentu, sekali gus meningkatkan risiko kesihatan.
11. Simpan terlalu selepas dipotong
Tembikai yang telah dipotong dan dibiarkan lama, terutama pada suhu bilik, mudah menjadi tempat pembiakan bakteria walaupun masih kelihatan segar.
Pemilihan makanan yang selamat adalah tanggungjawab setiap pengguna. Jangan mudah terpedaya dengan rupa luaran tembikai yang kelihatan elok, kerana kerosakan sering berlaku di bahagian dalam.
Jika terdapat sebarang tanda yang meragukan, langkah paling selamat adalah tidak memakannya. Kesihatan diri dan keluarga harus sentiasa diutamakan berbanding mengelakkan pembaziran.
Baca juga: Ibu Buat Puding Ikan Koi & Itik Dengan Anak, Hasil Terlalu Cantik Buat Ramai Terpegun!
Sumber: Chef Standards
