Euforia Bola 2026
Sihat

9 Jenis Buah Yang Paling Banyak Air, Boleh Makan Masa Sahur & Pasti Lambat Haus!

buah banyak air

Buah banyak air bukan sahaja mampu menyegarkan malah dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Kandungan air yang tinggi dalam buah-buahan ini akan mengekalkan hidrasi badan, melancarkan sistem pencernaan, dan membekalkan nutrien penting.

Di bawah ini, penulis kongsikan buah banyak air untuk anda amalkan setiap hari. Lebih menarik lagi, ia merupakan buah-buahan tempatan yang mudah didapati di Malaysia.

Baca juga: Teringin Nak Tukar Size Baju Masa Raya Nanti? Ikut 5 Tips Mudah Ini! Dari XL Boleh Jadi S

SENARAI BUAH BANYAK AIR, BILA MAKAN MESTI TAK HAUS

BUAH BANYAK AIR

Freepik

1. Anggur

Anggur mempunyai kira-kira 80% air dan kaya dengan vitamin C dan K, serta anti oksidan. Mencuci anggur dan menyimpan dengan betul adalah penting untuk membantu ia bertahan lebih lama supaya anda boleh menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

2. Laici

Buah banyak air yang selanjutnya adalah laici yang mempunyai  82% air dan kaya dengan vitamin C, vitamin B6, niasin dan folat. Jadi, ini akan membuatkan anda segar sepanjang hari.

3.  Buah banyak air -kiwi

Buah kiwi mengandungi kira-kira 81% air di dalamnya selain padat dengan vitamin C untuk merangsang sistem imunisasi badan.

4. Timun

Siapa sangka, timun antara yang tersenarai dalam buah banyak air di mana sebanyak 93 hingga 97%. Timun sesuai dimakan begitu sahaja untuk memberi kecergasan untuk anda.

5. Buah mangga

Buah mangga kegemaran ramai ini mengandungi 83% air, vitamin C, vitamin A dan B6 untuk meningkatkan sistem imunisasi dan kesihatan mata dan otak.

6. Buah banyak air – epal

Dalam epal, ada 85% air yang sangat menyegarkan dan mampu memberikan anda rasa kenyang berpanjangan.

7. Nanas

Dengan jumlah kandungan air sehingga 86%, nanas layak mendapat tempat dalam senarai buah banyak air. Buat anda yang tidak tahu, nanas sarat dengan vitamin C di mana satu cawan menawarkan lebih 100% keperluan harian dan mengekalkan sistem imunisasi yang sihat.

Nanas juga mengandungi bromelain, enzim yang membantu dalam penghadaman dan penyerapan protein.

8. Tembikai

Selain sarat dengan vitamin C, tembikai juga dianggap sebagai salah satu buah yang paling menghidratkan kerana mengandungi sehingga 91% air.

9. Buah beri

Hampir setiap jenis buah beri mengandungi jumlah serat yang tinggi dengan kandungan air sehingga 91%, beri hitam pada 88.56%, raspberi pula 86% kandungan dan 84.78% untuk buah cranberi.

Jadi, buah banyak air di atas ini elok untuk dimakan setiap hari. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Isteri Kongsi Kisah Suami Disahkan Ada Kencing Manis, Suka Makan Nasi Punca Bacaan Tinggi!

Sumber: Real Simple

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×