Euforia Bola 2026
Asuh

Tanda Anak Alergik Dengan Ubat, Jangan Tersalah Beri Kalau Tak Nak Muka Bengkak!

tanda alergik ubat

Kalau anda perhatikan, sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap ubatubatan tertentu. Hal ini kerana pendedahan kepada ubatubatan tertentu ini akan menyebabkan badan mengeluarkan bahan kimia dan salah satunya, histamin. Ini yang menunjukkan anak-anak ada tanda alergik ubat.

Ia menyebabkan bengkak dan gatalgatal kerana tindak balas alahan yang disebabkan oleh ubat. Risau juga apabila ada jenis ubat akan memberikan reaksi sebegini untuk anak-anak bukan? Kalau tersalah beri ubat, muntah dan bengkak pula wajah nanti…

Baca juga: Ada Tompokan Darah Pada Kemaluan Bayi Perempuan, Rupanya Ini Dipanggil ‘Mini Period’

TANDA ALERGIK UBAT KHUSUSNYA UNTUK KANAK-KANAK

tanda alergik ubat

Untuk pengetahuan anda, gejala ini mungkin berlaku dalam beberapa minit, jam, atau bahkan berminggu-minggu selepas pendedahan kepada ubat. Ia boleh menjadi tindak balas ringan atau teruk sampai ada yang boleh mengancam nyawa. Antara gejala yang biasanya berlaku ialah:

-Ruam, gatalgatal, kemerahan, bisul, lepuh

Gatalgatal, terbakar, pedih, sakit

-Kulit kering, mengelupas, merekah, bersisik

-Bengkak pada muka, bibir atau bahagian badan yang lain

-Dalam sebilangan kecil kes, demam mungkin satu-satunya gejala

Gejala yang lebih teruk termasuk:

-Bengkak muka, bibir, atau air liur

Loya yang teruk, muntah, dan cirit-birit

-Masalah menelan atau rasa seperti tekak anda tertutup

-Masalah untuk bernafas

-Suara serak atau masalah bercakap

-Rasa pengsan atau pening, kadar denyutan jantung yang cepat

-Melepuh pada kulit atau ulser di dalam mulut atau pada alat kelamin

Terdapat pelbagai jenis ubat boleh menyebabkan reaksi alahan. Tetapi yang menyebabkan paling banyak reaksi ialah:

1.Penisilin dan ubatubatan yang berkaitan

2.Ubat sulfa

3.Aspirin

4.Ibuprofen atau ubat anti-radang nonsteroid lain (NSAIDs)

5.Ubat sawan

6.Vaksin juga boleh menyebabkan alahan

tanda alergik ubat

*Perlu diambil tahu juga bahawa kanak-kanak yang ibu bapa atau adik-beradiknya mempunyai tahap alahan yang teruk juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami alahan ubat. Jadi, walaupun ada tanda yang ‘minor’ sahaja pada permulaan, pastikan anda dapatkan nasihat pakar dulu okay!

Sumber: Fairview, TopDoctorsUK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×