Euforia Bola 2026
Asuh

Tak Sangka! Mak Asma & Ayah Resdung, Anak Boleh Kena Ekzema? Fahami Fenomena ‘Atopic March’

anak ekzema

Anak ekzema bukan hanya masalah kulit biasa. Fenomena ini boleh menjadi petanda awal satu masalah genetik yang dipanggil Atopic March atau Langkah Atopik.

Jadi, jangan pelik sekiranya emak mempunyai asma dan ayah yang ada masalah resdung, tiba-tiba anak ekzema. Melalui perkongsian Public Health Malaysia, ia bukan sebab “terkenan” atau salah makan waktu mengandung.

Baca juga: Gusar Hati Mak Ayah Kes Dera Makin Menjadi-Jadi, Ini 5 Cara Pilih Tadika Yang Selamat & Terbaik!

MASALAH GENETIK ‘LANGKAH ATOPIK’ BOLEH BUAT ANAK EKZEMA

anak ekzema

Gambar hiasan: Gemini AI

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa ekzema, asma (lelah) dan resdung (allergic rhinitis) sebenarnya adalah “tiga beradik” dalam keluarga penyakit atopi. Ketiga-tiga penyakit ini berkongsi punca sama iaitu sistem imun yang terlalu sensitif terhadap persekitaran dan diwarisi secara genetik.

ATOPIC MARCH BERLAKU BERPERINGKAT MENGIKUT USIA

Fenomena Atopic March berlaku secara berperingkat mengikut usia anak:

Fasa 1 (Bayi – Kanak-kanak Awal)

  • Kulit bayi mula kering, merah dan gatal merupakan tanda pertahanan kulit (skin barrier) lemah. Ini adalah fasa ekzema, yang menjadi “pintu masuk” masalah alergi pada masa hadapan.

Fasa 2 (Kanak-kanak Sekolah)

  • Selepas ekzema mula berkurang, penyakit boleh “naik” ke hidung. Anak kerap bersin pagi-pagi, hidung gatal dan tersumbat iaitu fasa resdung atau rhinitis.

Fasa 3 (Remaja/Dewasa)

  • Akhir sekali, penyakit mungkin menyerang paru-paru. Anak mula batuk malam, nafas berbunyi dan mungkin perlukan inhaler iaitu fasa asma.

Perlu diingat, tidak semua anak ekzema akan menghidap asma, tetapi risikonya jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak biasa.

Baca juga: Ibu Kongsi 2 Cara Mujarab & Paling Lembut Atasi Masalah Sembelit Anak, Urut Tangan Macam INI Saja…

anak ekzema

Cara ibu bapa boleh bertindak

Kunci utama adalah “kawal pintu masuk”, iaitu kulit bayi.

Kajian menunjukkan bahawa jika ekzema bayi dikawal dengan baik melalui sapuan pelembab secara konsisten, benteng kulit dapat diperkuatkan sejak awal. Ini membantu “memutuskan” rantaian Atopic March sebelum ia melarat ke paru-paru atau organ lain.

Tip penting!

Jangan pandang remeh bila kulit anak kering. Sapukan pelembab segera dan jadikan ia rutin harian supaya kulit kekal sihat dan risiko komplikasi berkurang.

Pilih pelembab yang sesuai

Ramai ibu bapa tertanya-tanya, “Doktor, macam mana nak tahu pelembab (moisturizer) mana yang sesuai untuk anak ekzema?”

Prinsip mudah: Cari yang TIADA bau (fragrance-free) dan TIADA pewarna.

Kalau sapu pelembab wangi semerbak lavender atau strawberi, ia selalunya akan pedihkan kulit anak yang tengah radang. Pilih yang ‘bland’, pekat dan membosankan, itulah yang terbaik untuk kulit atopik.

Baca juga: Anak Trauma Dijangkiti Virus Impetigo Selepas Main Di ‘Indoor Playground’, Nampak Bersih Tapi Tidak!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×