Seperti yang kita tahu, dinyatakan dalam kalendar 2025 bahawa umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac 2025. Jadi sudah semestinya para ibu bapa sudah menyusun kerja sendiri dan jadual anak-anak mengikut takwim cuti sekolah Malaysia.
Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini adalah sebanyak tiga hari!
Baca juga: Hukum Seorang Wanita Membeli Baju Raya Sebelum Ramadan Adalah BERDOSA, Sekiranya…
CUTI SEKOLAH MALAYSIA 2025: KPM UMUM TAMBAHAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Foto hiasan.
Cuti tambahan ini diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai. Cuti tambahan yang diperuntukkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Kumpulan A dan Kumpulan B terdiri daripada:
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
– 30 Mac 2025 (Ahad)
– 2 April 2025 (Rabu)
– 3 April 2025 (Khamis)
2) Kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
– 2 April 2025 (Rabu)
– 3 April 2025 (Khamis)
– 4 April 2025 (Jumaat)
*Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini tertakluk pada perubahan dan sekiranya betul 31 Mac 2025, maka 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu. Jangan lupa tunggu pengumuman Hari Raya Aidilfitri nanti!
Baca juga: Cara Betul Tidurkan Anak Berdasarkan 5 Karakter, Tak Sampai 10 Minit Dah ‘Hanyut’ Dibuai Mimpi!
Sumber: Astro AWANI (foto), MOE Kalendar Akademik, Sinar Bestari
