Euforia Bola 2026
Dapur

Elakkan Ambil 6 Buah-Buahan Ini Pada Waktu Malam, Jadi Punca Tidur Tak Cukup!

tak cukup tidur

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sebenarnya ada beberapa jenis buah yang apabila diambil pada malam hari akan menyebabkan tubuh rasa seperti tak cukup tidur. Biarpun, buah diketahui mengandungi bahan yang sihat dan mampu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Namun, ternyata ada beberapa buah yang tidak digalakkan untuk diambil pada waktu malam terutama sebelum tidur. Hal ini kerana, ada di antaranya mengandungi beberapa bahan yang boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti dilaporkan oleh Times of India.

Baca juga: JAGUNG UNGU Secantik Warnanya, Kaya Manfaat Boleh Cegah Pelbagai Jenis Kanser!

TAK CUKUP TIDUR SEBAB MAKAN 6 BUAH-BUAHAN INI

tak cukup tidur

Gambar: freepik

1. Jambu batu

Kandungan serat yang tinggi dalam jambu batu boleh merangsang pergerakan usus dan mencetuskan ketidakselesaan.

Sudah tentu, ini akan menyukarkan badan untuk tidur jika anda mengambilnya pada waktu malam.

2.Nanas

Pertamanya adalah buah nanas. Ia mengandungi enzim bromelain yang boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada saluran pencernaan.

Lebih-lebih lagi, jika diambil secara berlebihan semasa perut kosong dan pada waktu malam yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada ulu hati sehingga sukar untuk tidur.

Baca juga: Ramai Takut Ambil MSG Sebab Rambut Boleh Gugur, Ahli Kimia Sangkal Mitos Itu & Ini Faktanya!

3. Oren

Tidak digalakkan mengambil buah oren pada waktu malam kerana ia boleh mengurangkan kualiti tidur. Hal ini kerana, kandungan asid dalam buah tersebut dipercayai dapat meningkatkan asid perut.

4. Epal

Epal baik untuk kesihatan, tetapi jika dimakan sebelum tidur ia boleh menyebabkan masalah penghadaman. Walaupun, epal merupakan sumber serat dan antioksidan yang tinggi, ia juga mengandungi banyak sebatian berasid.

Keadaan ini sudah tentu akan mencetuskan refluks gastrik atau gangguan pencernaan yang lain.

Baca juga: Orang Ada GASTRIK Bagus Ambil 7 Makanan Ini Tau, Rasa Lebih Lega~

5. Tembikai

mata tak cukup tidur

Gambar: timolina

Dikenali sebagai buah yang mengandungi banyak air, tembikai diketahui menyimpan sekitar 92 peratus air di dalamnya. Biarpun tembikai boleh menghidratkan badan, ia tidak baik untuk dimakan pada waktu malam.

Kandungan air yang banyak ini akan membuat pundi kencing penuh sehingga anda kerap bangun tidur untuk ke bilik air. Selain itu, kandungan gula dalam tembikai juga akan mencetuskan lonjakan gula dalam darah pada waktu malam.

6. Pisang

Meskipun pisang itu menyihatkan, ternyata buah ini tidak digalakkan untuk makan pada waktu malam sebelum tidur. Hal ini kerana, ia mengandungi karbohidrat dan kalium yang banyak.

Mengambilnya pada waktu malam akan menyebabkan gangguan tidur kerana peningkatan metabolisme dan suhu badan.

Baca juga: Tercucuk & Berdarah Sikit Masa Siang Udang, Nyawa Lelaki Ini Hampir Melayang!

Sumber: Jawa Pos

FT Image: Getty / sleepscore

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×