Euforia Bola 2026
Rakyat

Peminat Durian Kena Cepat! Bekalan Semakin Berkurang, Harga Durian Premium Dijangka Naik Minggu Depan

harga durian

Peminat durian mungkin perlu bersedia kerana harga durian premium dijangka meningkat bermula minggu depan susulan bekalan yang semakin berkurangan.

Baca juga: “Comelnya!”- Ingat Surat Saman, Rupanya Orang Tak Dikenali Tinggalkan Nota Tahniah ‘Dean List’ Di Cermin Kereta

HARGA DURIAN DIJANGKA KEMBALI MENINGKAT

harga durian

Foto: Gemini AI

Menurut peniaga, kenaikan itu dijangka melibatkan durian premium seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah dan IOI, apabila musim durian kini menghampiri penghujung di beberapa negeri.

Musim durian kali ini juga agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila berlaku lambakan bekalan akibat pengeluaran buah secara serentak. Tetapi peniaga sudah menjangkakan keadaan itu tidak akan berpanjangan.

Menurut peniaga durian, bermula minggu hadapan bekalan durian premium dijangka semakin berkurangan, sekali gus menyebabkan harga meningkat sekitar 10 hingga 20 peratus, bergantung kepada varieti.

Walaupun begitu, kenaikan tersebut hanya dijangka melibatkan durian premium kerana bekalan varieti berkenaan semakin terhad.

Harga Durian Gred Biasa Masih Murah

harga durian

Foto: Gemini AI

Dalam masa sama, harga durian gred biasa dijangka kekal rendah memandangkan bekalannya masih banyak di pasaran.

Ketika ini, durian premium seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah dan IOI masih dijual sekitar RM15 hingga RM25 sekilogram, manakala durian kampung pula boleh didapati pada harga lebih rendah.

Malah, terdapat juga peniaga yang masih menawarkan durian serendah RM5 sebiji, namun jumlahnya agak terhad.

Johor & Pahang Mula Berkurang, Perak Masih Banyak Bekalan

Bekalan durian dari Johor dan Pahang kini semakin berkurangan berikutan musim yang hampir tamat. Bagaimanapun, bekalan dari Perak, khususnya durian kampung dan durian kahwin, masih banyak kerana buahnya baru mula gugur sejak minggu lalu.

Menurutnya peniaga durian, jika orang ramai berhajat menikmati durian premium pada harga lebih rendah, sekarang merupakan waktu yang sesuai sebelum bekalannya semakin susut.

Masa Terbaik Untuk Nikmati Durian

Kesimpulannya, perubahan harga durian merupakan perkara biasa kerana ia dipengaruhi oleh faktor permintaan dan penawaran.

Dengan musim durian dijangka berakhir tidak lama lagi, mereka yang ingin menikmati Musang King atau Duri Hitam pada harga lebih berpatutan disarankan mendapatkannya dalam tempoh beberapa hari ini sebelum kenaikan harga dijangka berlaku minggu hadapan.

Baca juga: “Greenflag Man Masih Dalam Training!”- Ibu Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Jadi Gentleman Raih Pujian

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×