Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Saya Buat Jadi!”- Fenomena Khairul Aming Di TikTok Dibawa Ke Universiti, Tajuk Tesis Pelajar UUM Dipuji!

tajuk tesis

Baru-baru ini, kisah seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mencuri perhatian selepas memilih personaliti terkenal, Khairul Aming, sebagai tajuk tesis ijazah sarjana mudanya.

Perkongsian ini raih perhatian netizen kerana pelajar universiti mula menggunakan platform media sosial sebagai kajian ilmiah dalam dunia pendidikan.

Baca juga: Jadi Isu Ambil Makanan Kenduri Tanpa Izin, Jurugambar Tampil Mohon Maaf & Bayar Ganti Rugi RM500…

TAJUK TESIS TENTANG STRATEGI TIKTOK KHAIRUL AMING RAIH PERHATIAN

tajuk tesis

Foto: Threads @nr.hnim

Pelajar berkenaan, Nurhanim Najlaa binti Azli dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Kolej Sains dan Sastera, UUM, berjaya menyiapkan tesis bertajuk “Strategi Penjenamaan Peribadi di TikTok: Analisis Kandungan Terhadap Video Khairul Aming.

Menerusi perkongsian itu, Nurhanim memaklumkan bahawa dia berjaya menyempurnakan kajian tersebut sebelum tag akaun TikTok Khairul Aming dengan kapsyen ringkas, “Saya buat jadi.”

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya kagum dengan usahanya yang memilih topik yang relevan dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini.

Ramai juga mengakui teruja untuk membaca hasil penuh kajian tersebut kerana ia dilihat mampu memberikan gambaran tentang strategi yang digunakan oleh Khairul Aming dalam membina pengaruh dan kepercayaan pengikut di media sosial.

Warganet Usik Minta Khairul Aming Belanja Makan

tajuk tesis

Foto: Threads @nr.hnim

Di ruangan komen, ramai memuji usaha Nurhanim kerana mengangkat fenomena pencipta kandungan tempatan sebagai bahan kajian akademik dalam generasi kini.

Ada juga yang berseloroh meminta Khairul Aming memberikan “ganjaran istimewa” kepada pelajar berkenaan, termasuk belanja makan percuma selama tujuh hari tujuh malam di restoran miliknya, Rembayung.

Walaupun sekadar gurauan, komen tersebut menunjukkan betapa masyarakat menghargai usaha menghasilkan kajian yang menghubungkan dunia akademik dengan realiti semasa.

Kejayaan Nurhanim membuktikan bahawa bidang komunikasi dan media sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman. Malah, fenomena media sosial yang sering dianggap sebagai hiburan semata-mata kini turut membuka ruang kepada kajian ilmiah yang bermanfaat.

Tahniah diucapkan kepada Nurhanim Najlaa atas kejayaan menyiapkan tesis tersebut. Semoga lebih ramai pelajar terus menghasilkan kajian kreatif yang dekat dengan masyarakat dan perkembangan teknologi semasa.

Baca juga: Belajar Lebih Interaktif, Semua Tabika KEMAS Dijangka Lengkap Dengan Smartboard Tahun Depan

Sumber: Threads @nr.hnim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×