Sempena bulan Ramadan tahun ini, Bazar Ramadan Khairul Aming menjadi tumpuan ramai apabila pempengaruh terkenal, Khairul Aming atau singkatannya KA mengumumkan pelancaran segmen khas di restorannya, Rembayung.
Menerusi perkongsian di TikTok, KA memaklumkan bahawa Rembayung akan ditransformasikan menjadi “Live Room terbesar di Malaysia” selepas dua bulan perancangan rapi.
BAZAR RAMADAN KHAIRUL AMING

Live room terbesar & 80 pax makan percuma
Antara tarikan utama yang diumumkan:
- Sesi Live Room terbesar di Malaysia
- Dikendalikan bersama 10 co-host
- Turut menampilkan pelawak dan pelakon, Zizan Razak
Dalam masa sama, KA turut membuat kejutan apabila menawarkan:
- Makan percuma untuk 80 pax di Rembayung
- Pemenang bebas memilih tarikh dan masa menikmati hidangan
Inisiatif ini dilihat sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa orang ramai terhadap restoran tersebut sejak dibuka pada 6 Januari lalu.
Baca juga: Kuah Pekat ‘Kaw’ & Lemak Santan Lebih Terasa, Wanita Kongsi Cara TUMIS Masak Lemak Daging Salai!

Pelancaran kombo sahur & sampul raya 2026
Selain perkongsian resipi berbuka puasa seperti tradisi tahun-tahun sebelum ini, KA juga akan melancarkan beberapa perkara baharu sempena Ramadan:
- Set kombo sahur produk keluarannya.
- Sampul raya KA edisi 2026.
Walaupun sibuk menguruskan operasi kilang, restoran serta projek konten ‘30 Hari 30 Resepi’, beliau menegaskan komitmen untuk menghasilkan kandungan terbaik sepanjang Ramadan.
Menurutnya lagi, sesi live di TikTok akan bermula tengah hari ini dan dijangka menjadi antara siaran paling besar pernah dilakukan olehnya.
Dengan gabungan elemen bazar, live interaktif dan ganjaran makan percuma, tidak hairanlah ramai yang sudah mula menantikan kelainan yang dibawa oleh Bazar Ramadan Khairul Aming kali ini.
@khairulamingSelepas 2 bulan planning, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, hari ni kita akan live di rembayung untuk anda semua.♬ original sound – Khairulaming
Baca juga: Neelofa Kongsi Menu Tahan Lapar Terutamanya Waktu Puasa, Ramai Dah Cuba & Beri ‘Feedback’ Positif!
Sumber: TikTok @khairulaming
FT Image: TikTok @khairulaming
