Setiap pagi merupakan permulaan baharu bagi tubuh dan minda. Dalam tempoh sekitar 60 hingga 90 minit pertama selepas bangun tidur, otak berada dalam fasa penyesuaian yang sangat penting untuk menentukan kestabilan emosi, fungsi otak dan tenaga sepanjang hari.
Namun begitu, tanpa disedari, sebahagian rutin pagi yang kelihatan biasa sebenarnya boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi otak.
Baca juga: Rupanya Ada Kaitan Fungsi Otak, Patutlah Perempuan Boleh Multitask Dari Lelaki!
5 TABIAT PAGI YANG MEROSAKKAN FUNGSI OTAK
Rutin pagi ialah satu aspek yang tidak boleh dipandang remeh, kerana sedikit perubahan dalam amalan harian mampu memberikan impak yang ketara terhadap kesihatan mental serta keseimbangan emosi seseorang dalam jangka panjang.
Berikut ialah lima tabiat pagi yang boleh menjejaskan fungsi otak dalam jangka masa panjang:
1. Terus menggunakan telefon sebaik bangun tidur

Foto: Freepik
Kebiasaan segera memeriksa telefon sama ada mesej, media sosial atau berita merupakan antara rutin yang paling dilakukan dalam kehidupan moden.
Secara fisiologi, badan mengalami Cortisol Awakening Response (CAR) dalam tempoh awal selepas bangun, iaitu peningkatan hormon kortisol yang membantu tubuh bersedia untuk aktiviti harian.
Namun, apabila otak terus dirangsang dengan maklumat, ia boleh meningkatkan beban kognitif dan mencetuskan stres awal.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, hadkan penggunaan telefon sekurang-kurangnya 30–45 minit selepas bangun. Gunakan tempoh ini untuk aktiviti yang lebih tenang seperti regangan ringan atau persediaan diri untuk memulakan hari.
2. Kurang pendedahan kepada cahaya matahari pagi
Pendedahan kepada cahaya semula jadi memainkan peranan penting dalam mengawal jam biologi tubuh.
Cahaya pagi membantu dari segi:
- Meningkatkan hormon melatonin (hormon tidur)
- Meningkatkan kewaspadaan
- Menstabilkan mood
Kekurangan cahaya semula jadi boleh menyebabkan tubuh sukar menyesuaikan diri dengan kitaran tidur dan bangun, seterusnya menjejaskan kualiti tidur dan tahap tenaga.
Perlu untuk luangkan masa sekurang-kurangnya 10–20 minit di luar rumah pada waktu pagi, bergantung kepada keadaan cuaca supaya otak dapat berfungsi dengan baik.
3. Terus melakukan kerja yang memerlukan fokus tinggi

Foto: Freepik
Selepas bangun tidur, otak masih berada dalam keadaan yang dikenali sebagai sleep inertia, iaitu fasa peralihan di mana fungsi kognitif belum mencapai tahap optimum.
Memaksa diri untuk terus melakukan kerja yang memerlukan tumpuan tinggi boleh mengurangkan kecekapan dan meningkatkan rasa penat.
Untuk elakkan perkara ini berlaku, mulakan pagi dengan aktiviti ringan seperti pergerakan fizikal, minum air, atau perancangan ringkas sebelum beralih kepada tugasan kompleks.
4. Mengambil sarapan tinggi gula dapat menjejaskan fungsi otak
Sarapan yang tinggi kandungan gula seperti roti berjem, bijirin manis atau minuman bergula boleh menyebabkan peningkatan glukosa yang mendadak.
Hal ini boleh mengakibatkan:
- Keletihan awal
- Kesukaran memberi tumpuan
- Rasa lapar yang cepat kembali
Jadi, penting untuk memilih sarapan yang mengandungi protein dan lemak sihat seperti telur, yogurt atau kekacang untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
5. Tidak minum air selepas bangun tidur

Foto: Freepik
Selepas beberapa jam tidur, tubuh berada dalam keadaan sedikit dehidrasi. Walaupun pada tahap ringan, ia boleh memberi kesan kepada fungsi otak.
Antara kesannya termasuk:
- Tidak fokus
- Gangguan mood
- Keletihan
Untuk mengelakkan hal ini berlaku, minum air sekitar 250–350 ml sebaik sahaja bangun bagi membantu rehidrasi tubuh dan menyokong fungsi kognitif.
Rutin pagi bukan sekadar aktiviti harian, tetapi asas kepada kesihatan fizikal dan mental sepanjang hari. Tabiat kecil yang berulang setiap pagi mampu memberi impak besar terhadap fungsi otak, emosi dan tahap tenaga.
Perubahan tidak semestinya dilakukan secara drastik. Cukup dengan memulakan satu tabiat positif dan mengekalkannya secara konsisten.
Lama-kelamaan, ia dapat membentuk rutin pagi yang lebih seimbang, sihat dan produktif.
Baca juga: 7 Buah ‘Power’ Untuk Otak Anak, Bantu Tingkatkan Daya Ingatan Luar Biasa & Fokus Belajar!
Sumber: Medium
FT Images: Gemini AI
