Euforia Bola 2026
Famili

Suspek Pukul Isteri Sungai Petani, Kini Disiasat Selepas Disyaki Tanam Janin Di Tanah Perkuburan

pukul isteri

Kes pukul isteri di Sungai Petani kembali mencetuskan kejutan apabila suspek kini disiasat selepas dipercayai menanam janin di kawasan tanah perkuburan Islam, di sini.

Kejadian tragis ini dipercayai berlaku selepas mangsa mengalami keguguran akibat dipukul dalam insiden yang berlaku di Ambangan Heights, Sungai Petani, 2 April lalu.

Baca juga: Rayuan Ditolak & Bekas Suami Kena Hukuman Maksimum, Jahidah Beri Respons Air Matanya Menitis

SUSPEK PUKUL ISTERI DISYAKI TANAM JANIN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM

Suspek tunjuk lokasi tanam janin

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan bahawa suspek berusia 43 tahun itu telah mengaku dan membawa pihak polis ke lokasi kejadian untuk menunjukkan tempat janin tersebut ditanam.

Hasil siasatan awal menemui tisu yang dipercayai janin tidak sempurna di lokasi berkenaan.

“Khamis lalu, polis membawa suspek bersama isterinya iaitu mangsa berusia 39 tahun untuk menunjukkan lokasi janin itu ditanam.

“Kita turut membawa pasukan dari Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk menggali lokasi itu dan menemui janin tidak sempurna pada tisu kering,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini, hari ini.

Menurut polis, sampel tersebut kini dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengesahkan sama ada ia benar-benar janin manusia atau sebaliknya.

“Kita juga meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa suspek untuk tampil membantu siasatan berhubung perbuatan lelaki ini,” kata beliau lagi.

Adzli berkata, jika terbukti sampel berkenaan adalah janin manusia, polis akan membuka kertas siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Baca juga: “Ingat Nama Ini Kalau Ada Nak Ajak Kahwin,”- Adik Jahidah Bersuara, Dakwaan Kes Baharu Libatkan Suspek Sama!

pukul isteri

Gambar hiasan: Gemini AI

Berdasarkan laporan, mangsa yang merupakan penjawat awam dipercayai dipukul dengan pelbagai objek termasuk penyangkut baju, getah paip dan rod besi langsir sehingga mengalami kecederaan parah.

Mangsa turut dilaporkan mengalami patah tulang rusuk kanan dan kiri, patah tulang belakang serta luka di seluruh badan sebelum mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Suspek kemudian ditahan di sebuah inap desa pada 28 April lalu sebelum direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Baca juga: Kronologi Terkini Kes Nurfisya Zulkifly: Penuntut Kolej Dit*kam 61 Kali, Apa Sebenarnya Berlaku Di Ketereh?

Sumber: Harian Metro

FT Image: Harian Metro / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×