Euforia Bola 2026
Famili

Masukkan Terung Dalam Kemaluan! Datuk Didakwa R*gol Cucu Usia 12 Tahun Berdepan 5 Pertuduhan

datuk didakwa rogol cucu

Satu kes yang mengejutkan masyarakat apabila seorang warga emas berusia 79 tahun berdepan beberapa pertuduhan serius di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Di mana, kes datuk didakwa rogol cucu berusia 12 tahun itu kini menjadi perhatian ramai.

Menurut laporan, tertuduh berdepan lima pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap cucu perempuannya mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Baca juga: Tular Video Tengking Isteri Depan Anak, Pasangan Beri Penjelasan & Ini Cara Elak ‘Mengamuk’ Di Tempat Awam

DATUK DIDAKWA ROGOL CUCU PEREMPUAN USIA 12 TAHUN

datuk didakwa rogol cucu

Gambar Nik Abdullah Nik Omar (BH): Datuk berusia 79 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, atas lima pertuduhan merogol dan melakukan seks terhadap cucunya di Bachok.

Berdepan 5 pertuduhan libatkan mangsa bawah umur

Mengikut pertuduhan pertama, ketiga, keempat dan kelima, tertuduh didakwa merogol mangsa tanpa kerelaannya.

Perbuatan itu berlaku di bilik tidur di rumah di Kampung Panchor Gunong Timor, Bachok antara jam 8.28 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 11 Januari sehingga 4 Jun 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan sebiji terung ke dalam kemaluan mangsa yang sama tanpa kerelaannya di lokasi yang sama jam 1.30 tengah hari pada 11 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan Akta 574 yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Baca juga: “Baby Tak Sejuk Ke?” Wanita Dalam Situasi Cemas Di Hospital Sebak, Uncle India Datang Semula Bawa Selimut

datuk didakwa rogol cucu

Gambar hiasan: Freepik

Mahkamah Tidak Benarkan Jaminan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh dilaporkan tidak diwakili peguam ketika prosiding berlangsung.

Terdahulu, Nur Syafiqah tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh. Selepas mempertimbangkan faktor keselamatan mangsa yang masih di bawah umur, mahkamah memutuskan untuk tidak menawarkan jaminan.

Sebutan semula kes pada Julai

Mahkamah turut menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen berkaitan kepada pihak-pihak terlibat.

Kes ini sekali lagi mengingatkan masyarakat mengenai kepentingan melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan atau eksploitasi seksual. Orang ramai yang mengesyaki berlaku penderaan terhadap kanak-kanak disarankan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau menghubungi talian bantuan yang disediakan.

Baca juga: “Tak Ada Sorry Sikit Pun”– Staf Kecewa Dakwa Ibu Bapa Selamba Biarkan Najis Anak Dalam Premis

Sumber: Berita Harian

FT Image: Nik Abdullah Nik Omar (BH)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×