Euforia Bola 2026
Famili

Menantu ‘Kantoi’ Berpakat Rompak Ibu Mentua, Larikan Barang Kemas Bernilai RM12,000!

SURI RUMAH ROMPAK

Seorang suri rumah rompak kediamannya sendiri di Felda Chini Timur 1, Pekan sebelum melarikan barang kemas milik ibu mentuanya bernilai RM12,000.

Helah suri rumah itu terbongkar apabila wanita berusia 27 tahun itu membuat laporan kononnya disamun oleh empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau.

Baca juga: Had Umur Pencen Wajar Dinaikkan Kepada 65 Tahun, Azalina Anggap Ramai Masih Sihat & Aktif

SURI RUMAH ROMPAK KEDIAMAN MENTUA SENDIRI, LARIKAN BARANG KEMAS

SURI RUMAH ROMPAK

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, hasil siasatan dan tindakan pantas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian samun tersebut.

Difahamkan, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 36 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan berasingan pada 15 Mei lalu.

“Siasatan awal mendapati wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirinya disamun oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau. Namun, siasatan lanjut mendapati dia sebenarnya merancang kejadian samun itu bersama rakannya untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya.

“Selepas menyamun, hasil jualan barang kemas tersebut digunakan untuk membayar suspek lain dan melunaskan hutang along,” ujarnya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine, mempunyai rekod jenayah lampau seperti samun, dadah dan pecah rumah.

Salah seorang daripada suspek memiliki 2 rekod jenayah lampau termasuk di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurut Mohd Zaidi, dua lagi individu yang disyaki, seorang wanita yang berpura-pura menjadi mangsa dan seorang lelaki, didapati negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Dua suspek utama,  wanita terbabit dan rakannya, akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan pada 23 Mei ini.

Media sebelum ini melaporkan suri rumah bersama dua anak dan ibu mentua berdepan detik cemas apabila rumahnya dimasuki empat perompak bersenjatakan pisau di Felda Chini Timur 1 pada 20 Mac lalu.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku ketika suri rumah itu sedang tidur bersama dua anak dan ibu mentuanya.

Baca juga: Angkara Kenderaan Belakang Bunyikan Hon, Gajah Mengamuk & Hancurkan Kereta Vios

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×