Euforia Bola 2026
Famili

Nama Gah Tapi Ramai Cakap Air Busuk, Ini 10 Fakta Sungai Seine Lokasi Pembukaan Olimpik Paris

sukan olimpik 2024

Sungai Seine merupakan lokasi pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris yang sangat menarik untuk dibincangkan. Sebelum ini kecoh berita mengatakan rakyat Perancis mengugut untuk membuang air besar di dalam Sungai Seine sebagai tanda protes selepas kecewa dengan tindakan Datuk Bandar Paris yang dikatakan terlampau mencuba untuk membuktikan bahawa sungai itu bersih dan boleh digunakan untuk acara triathlon dan renang semasa Olimpik.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ada sebab sungai yang mengalir melalui tengah-tengah Paris ini menjadi pilihan acara pembukaan sukan berprestij tersebut.

Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!

10 FAKTA TENTANG SUNGAI SEINE PARIS, JADI TERKENAL SELEPAS SUKAN OLIMPIK 2024

sukan olimpik 2024

Bukan sahaja laluan air yang penting tetapi Sungai Seine juga adalah simbol percintaan, sejarah dan budaya. Berikut adalah beberapa fakta menarik lagi anda perlu tahu tentang sungai yang menjadi ‘spot’ wajib untuk sesiapa yang datang Paris!

1. Sungai Seine ialah sungai berusia seratus tahun, yang bermaksud bahawa setiap tahun terdapat satu dalam 100 kemungkinan sungai itu akan banjir. Pada tahun 1910, orang Paris terpaksa mengembara dengan bot semasa banjir merekodkan 8,62 meter di atas Pont d’Austerlitz.

2. The Seine River merupakan warisan UNESCO dan ada beberapa tapak warisan UNESCO berdekatan dengan The Seine :

-Le Havre
-Left Bank and Right Bank of the Seine River, Paris
-Palace and Park of Versailles
-Chartres Cathedral
-Palace of Fontainebleau
-Provins

3. Sungai kedua terpanjang di Perancis: Membentang sepanjang 770 kilometer, Sungai Seine panjangnya kedua selepas Sungai Loire di Perancis.

4. Laluan perdagangan yang penting selama berabad-abad. Sejak zaman purba, Sungai Seine telah memudahkan perdagangan dan pengangkutan, menyumbang kepada pembangunan ekonomi wilayah di mana ia mengalir.

5.  Sungai Seine pernah menjadi tapak acara mendayung, berenang dan polo air Sukan Olimpik Musim Panas 1900, dan acara mendayung Olimpik pada tahun 1924.

6. Mengalir melalui jantung Paris: Dengan jambatan ikonik dan pemandangan yang indah, Sungai Seine merupakan lokasi penting dalam daya tarikan dan watak utama ibu kota Perancis.

7. Penduduk pernah DIBENARKAN berenang di Sungai Seine namun dilarang pada tahun 1923. Meskipun sebelum ini berenang di Sungai Seine menjadi sebahagian daripada norma. Di Paris, pertandingan renang sering kali diadakan oleh penduduk tempatan bagi menyejukkan badan semasa musim panas.

8. Menginspirasi ramai pelukis terkenal. Artis atau Pelukis seperti Claude Monet dan Henri Matisse terpikat dengan keindahan Sungai Seine dan sering menggambarkannya dalam karya agung mereka.

9. Sungai Seine menawarkan pelayaran bot yang indah dan merupakan rumah kepada mercu tanda ikonik. Lantas menjadikannya destinasi yang mesti dikunjungi pelancong dan simbol Paris yang paling dihargai.

10. Dikelilingi banyak pulau. Untuk pengetahuan anda, Île de la Cité dan Île Saint-Louis adalah dua daripada pulau paling terkenal yang terletak di Sungai Seine, masing-masing menawarkan suasana dan tapak bersejarah yang berbeza.

sukan olimpik 2024

Foto: ParisPerfect

*Walaupun ini merupakan lokasi tumpuan pelancong dan bersejarah, namun terbaharu dikatakan ada satu acara Triathlon Lelaki ditangguhkan kerana kualiti air sungai Seine terlampau teruk dan tidak selamat. 

Baca juga: Ini 7 Lokasi Misteri Di Dunia Yang Masih Jadi Tanda Tanya Pengkaji, No.3 Seram!

Sumber: Kosmo, Facts.net, Paris Je’Taime

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×