Baru-baru ini sudah selesai acara pembukaan salah satu temasya sukan berprestij dunia, Olimpik Paris 2024. Yang mencuri tumpuan adalah penyanyi yang dibayar RM9 Juta untuk satu lagu ialah penyanyi lagenda bersuara lunak, Celine Dion, yang membuat kemunculan pertama setelah bertahun melawan jenis penyakit neurologi, Stiffness Person Syndrome.
Berita mengenai tahap kesihatan beliau menjadi kerisauan ramai kerana tidak dapat bergerak dan kaku secara tiba-tiba. Ini merupakan salah satu penyakit yang ‘rare’ dan ramai perlu ambil tahu!
Baca juga: Lelaki Yang Renung, Tatap Payudara Wanita Dengan Lama Adalah LEBIH SIHAT- Kajian
CELINE DION ALAMI JENIS PENYAKIT NEUROLOGI, ‘STIFFNESS PERSON SYNDROME’

Foto: Celine Dion di Olimpik, kelihatan sihat!
Ini kisah mengenai perjuangan seorang pesakit yang sangat jarang ditemui melawan penyakit “Stiffness Person Syndrome”.
Celine Dion, seorang penyanyi lagenda antarabangsa telah mengumumkan bahawa dia didiagnosis dengan Stiff Person Syndrome pada Disember 2022. Beliau terpaksa membatalkan beberapa konsert dan jadual persembahannya, termasuk residensi di Las Vegas dan jelajah dunia dan telah berehat selama 4 tahun bagi menumpukan rawatan sepenuhnya.
Apa itu Stiff Person Syndrome (SPS) ? SPS adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku, menyebabkan kekakuan otot yang progresif dan kekejangan yang menyakitkan. Keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian pesakit, mengakibatkan kesukaran bergerak dan rasa tidak selesa.
Trigger utama adalah akibat bunyi bising, sentuhan, atau tekanan emosi. Situasi ini boleh menyebabkan tubuh menjadi kejang secara tiba tiba! Kebanyakan pesakit adalah wanita dan ia juga berkaitan dengan gangguan autoimun seperti diabetes jenis 1 dan tiroiditis.

Foto: Ketika mendapatkan rawatan, mukanya juga jadi kaku.
Sebagai seorang artis yang ikonik, Celine Dion kini menggunakan platformnya untuk meningkatkan kesedaran tentang SPS. Pada temasya pembukaan sukan olimpik di Paris baru baru ini, beliau telah membuat penampilan sulung dengan persembahan memukau yang cukup mengharukan.
Ia bukti keberanian dan kecekalan beliau berjuang dalam melawan penyakit dan dalam masa yang sama melakukan perkara yang beliau amat cintai dan rindui- menyanyi di pentas. Menurut beliau,
“Saya sangat gembira dapat meraikan atlet-atlet hebat ini, dengan semua cerita mereka tentang pengorbanan dan ketabahan, kesakitan dan kecekalan”.
“Anda semua patut berbangga, kami tahu betapa kerasnya anda telah bekerja untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik.
Teruskan fokus, jangan putus asa, hati saya bersama anda!”

Jadi buat anda yang pernah berasa pernah mengalami beberapa simptom seperti di atas, boleh dapatkan rawatan segera sebelum lumpuh satu badan!
Baca juga: Alami Kemurungan Teruk, Ini Jenis Ubat Untuk Penyakit Mental Di Peringkat Awal
Sumber: Public Health
