Euforia Bola 2026
Inspirasi

Latar Belakang Pearly & Thinaah, Pasangan Wirawati Badminton Malaysia Yang Cemerlang!

pemain badminton malaysia

Sudah semestinya setiap kali kejohanan sukan berprestij Olimpik, antara acara sukan yang paling dinanti-nantikan adalah badminton. Yang pastinya, barisan pemain badminton Malaysia memang popular di mata dunia termasuklah pasangan beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.

Mereka merupakan pasangan beregu wanita Malaysia yang telah banyak mencipta kemenangan dan mengharumkan nama negara di persada antararabangsa. Ini merupakan sedikit latar belakang mengenai wirawati negara sebagai lambang kekuatan wanita!

Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..

NAMA PEMAIN BADMINTON MALAYSIA GAH, PEARLY & THINAAH PASANGAN UNGGUL!

1.Pearly Tan

pemain badminton malaysia

Kita mulakan dahulu dengan pemain negara bernama Pearly Tan Koong Le, berusia 24 tahun. Gadis Cina yang dilahirkan pada 14 Mac 2000 ini berasal dari Alor Setar, Kedah yang mula bermain badminton pada usia 10 tahun. Beliau mula menyertai pasukan remaja kebangsaan pada 2013 dan memenangi Cabaran Antarabangsa Malaysia pada 2017 bersama pasangannya Chow Mei Kuan. Pearly Tan hanya mula digandingkan dengan M. Thinaah pada tahun 2021.

Gaya permainannya memukau dengan menggunakan teknik menyerang di tangan kidal. Terbaharu, semenjak menang dalam perlawanan badminton menyerang Korea Selatan, ramai penonton dari negara tersebut memuji kulitnya bersih dan cantik!

2. Thinaah Muralitharan

pemain badminton malaysia

Pemain kedua yang merupakan pasangan beregu kepada Pearly adalah Thinaah, berusia 26 tahun. Gadis Tamil yang manis ini dilahirkan pada 3 Januari 1998 di Klang, Selangor. M.Thinaah mula bermain badminton pada usia 12 tahun. Dia menyertai pasukan remaja kebangsaan pada 2014 dan memenangi Emas Grand Prix Terbuka India pada 2018 bersama pasangannya Tan Kian Meng sebelum bergandingan dengan Perly Tan pada tahun 2021. Menggunakan gaya permainanan tangan kanan dan  menyerang, beliau dilihat sebagai licik dalam setiap perlawanan.

M.Thinaah pernah menerima anugerah Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (BKS) pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sempena hari keputeraan Baginda. Selain itu, Thinaah juga dilaporkan fasih bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin.

Foto semasa kecil.

‘PearThin’ Menang Pingat Emas Di Sukan Komanwel 2022

@pearthin_fans Did you guys notice this before? 🫣 . . . #pearthin #pearlytan #thinaahmuralitharan #pearlythinaah #pearly #thinaah #badmintonplayer #badmintonlovers #badmintonmalaysia #malaysia #badmintonfans #badminton #fypシ #fypシ゚viral #fyp #fypage ♬ Wandinha serie NTFX – Green HITs

Sebelum ini, tular video di media sosial menyaksikan pasangan tersebut mempunyai gerakan yang ‘sync’ dengan satu sama lain. Kedua-dua wakil negara itu pertama kali berganding dalam skuad beregu wanita badminton pada tahun 2019.

Mereka telah mewakili negara di Swiss Open 2021, French Open 2022, malah membawa pulang pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022. Ranking Pearly Tan dan M Thinaah pada ketika ini adalah di tempat ke-11 dunia selepas tamat suku akhir dan separuh akhir Olimpik 2024 Paris.

*Tahniah kerana telah membawa dan membanggakan nama Malaysia di mata dunia. Anda adalah pelapis badminton yang akan terus bersinar!

Baca juga: Malaysia Di Tangga Ke-6, ‘Padat’ Dengan Wanita Tercantik Di Asia!

Sumber: Fuh.my, BWF Badminton

Foto: Badminton Association of Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×