Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Cabar Doa Isteri, 3 Hari Kemudian Terima Kifarah Ditimpa Kemalangan & Mengaku Ada Buat Salah!

doa isteri

Sering kali kita mendengar ungkapan bahawa kata-kata seorang isteri itu berkuasa dan nalurinya jarang sekali tersilap. Begitulah yang berlaku dalam kisah yang tular ini, apabila pendedahan seorang wanita di media sosial mengenai pengalaman peribadinya mengaitkan doa isteri dengan kejadian yang menimpa suaminya sendiri.

Baca juga: Sekian Lama Berjuang Akibat Koma Lahirkan Anak, Isteri Tabah Ini Meninggal Dunia Selepas 7 Tahun Terlantar

SUAMI CABAR DOA ISTERI, LEPAS 3 HARI IA TERMAKBUL!

doa isteri

Wanita itu menceritakan bahawa sejak awal dia sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Bukan isu orang ketiga, tetapi hal lain yang dia rasa suaminya sembunyikan.

Dorongan rasa marah dan kecewa membuatkan dia melontarkan kata-kata yang tidak pernah disangka akan menjadi kenyataan.

Menurutnya, ketika itu dia berkata kepada suami, “Kalau hang ada buat bukan-bukan kat belakang aku, aku doakan hang accident.”

Suaminya pula bukan sahaja menafikan, malah sempat mencabar kata-kata isterinya, “Ha biar pi lah accident. Benda aku tak buat!”

Namun tiga hari kemudian, segala-galanya berubah. Wanita itu menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali pada jam 10 malam. Suara di hujung talian memberitahu, “Suami puan accident.”

Terkejut dan panik, dia bertanya keadaan suami masih sedar atau tidak dan di mana keberadaannya. Menurut pemanggil, ambulans sudah membawa suaminya ke hospital.

Baca juga: Tak Sangka Suami Pernah Sambut Kelahiran 6 Anak Lebih Pilih Penyondol, Tahajud & Doa Buat Wanita Ini Bangkit!

doa isteri

Gambar hiasan AI.

Ketika itu barulah dia benar-benar tersentak. Suaminya terselamat, tetapi mengalami kecederaan pada muka luka teruk hingga perlu dijahit, manakala hidungnya patah.

Perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya ialah doa yang pernah diucapkan ketika marah tempoh hari.

Wanita itu mengakui rasa menyesal kerana mengeluarkan kata-kata begitu, meskipun saat itu dia percaya suaminya memang menyembunyikan sesuatu berdasarkan mesej WhatsApp yang sempat dibacanya. Namun setiap kali ditanya, suaminya tetap tidak mengaku.

Selepas kemalangan itu, barulah suaminya akhirnya berkata jujur. Dengan bukti yang sudah disimpan oleh isterinya, tiada ruang lagi untuk menafikan atau ‘spin’ cerita.

Wanita itu menjelaskan bahawa perkongsiannya bukan bertujuan membuka aib suami, tetapi membawa peringatan kepada pasangan di luar sana tentang jangan menipu pasangan.

Hal ini kerana, naluri seorang isteri itu sangat kuat dan kata-katanya kadang-kadang menjadi doa tanpa disedari.

Kisah ini juga menjadi peringatan besar mengenai kuasa kata-kata, terutama sewaktu marah. Sesuatu yang diucap tanpa niat serius, boleh menjadi takdir yang benar-benar berlaku.

Baca juga:  Gara-Gara Isteri Merajuk Tak Buka Pintu, Suami Tertidur Dalam Kereta Sampai Meninggal Dunia

Sumber: Threads @heyyyeyka

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×