Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Belikan Cake & Layan Sembang Pun Dah Cukup…” Amar Baharin Kongsi ‘Rahsia Simple’ Bahagia Rumah Tangga

SUAMI AMYRA ROSLI

Suami Amyra Rosli, Amar Baharin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis rumah tangga mereka yang cukup sederhana namun penuh makna.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Amar meluahkan pandangannya tentang bagaimana perkara kecil sebenarnya mampu memberi kebahagiaan besar buat seorang isteri.

Baca juga: Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

SUAMI AMYRA ROSLI KONGSI TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA

SUAMI AMYRA ROSLI

Menurutnya, sebagai suami dia kadang-kadang merasakan apa yang dilakukan hanyalah perkara biasa, namun rupanya ia cukup bermakna di hati pasangan.

“Kadang-kadang aku rasa effort aku tu biasa-biasa je. Belikan cake, dengar cerita dia, balik rumah awal, layan sembang… Tapi bagi seorang isteri, benda kecil tu boleh buat dia rasa paling disayangi di dunia,” jelas Amar.

Tambah Amar lagi, kebanyakan wanita sebenarnya tidak mengharapkan kesempurnaan atau kemewahan sepanjang masa, sebaliknya lebih menghargai perhatian dan penghargaan daripada suami sendiri.

“Perempuan ni bukan minta kesempurnaan… Bukan nak kemewahan setiap masa. Kadang-kadang dia cuma nak rasa… ‘suami aku masih nampak aku, masih hargai aku.’

“Dan bila seorang isteri menghargai benda kecil yang kita buat, itu yang buat kita nak jadi lebih baik setiap hari… dengan izin Allah,” tambahnya.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan paparan mesej WhatsApp daripada Amyra yang meluahkan rasa terharu dan bersyukur terhadap layanan suaminya.

Lebih menyentuh hati, Amyra turut menitipkan doa khas buat suaminya agar sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

SUAMI AMYRA ROSLI

“Ya Allah.. jagakan suamiku di mana pun dia berada. Murahkan rezekinya, lembutkan hatinya, panjangkan umurnya dalam kebaikan, kuatkan dirinya menghadapi setiap ujian, dan jadikan dia suami yang sentiasa dekat dengan-Mu.

“Kurniakan kami rumah tangga yang penuh kasih sayang, sabar, dan keberkatan hingga ke syurga. Aamiin,” tulis Amyra.

Perkongsian pasangan ini mendapat perhatian ramai yang tersentuh melihat cara mereka menghargai satu sama lain walaupun melalui perkara kecil dan sederhana.

Ramai warganet turut bersetuju bahawa dalam rumah tangga, perhatian kecil seperti mendengar cerita pasangan, meluangkan masa bersama dan menunjukkan penghargaan sebenarnya mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Tidak hairanlah ramai menjadikan hubungan Amar dan Amyra sebagai inspirasi kerana mereka sering berkongsi sisi rumah tangga yang sederhana, matang dan penuh kasih sayang.

Baca juga: 780 Hari Kehilangan, Lelaki Ini Tak Pernah ‘Miss’ Ziarah Kubur Isteri… Bukti Cinta Sejati Masih Wujud

Sumber: Threads Amar Baharin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×